Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

ATLET GOLF MPS SERTAI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2025

ATLET GOLF MPS SERTAI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2025

ATLET GOLF MPS SERTAI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2025

30 Oktober 2025 | Melaka

Dua atlet golf Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyertai Kejohanan MAKSAK Games 2025 (Golf) yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2025, bertempat di Tiara Melaka Golf & Country Club dan Ayer Keroh Country Club, Melaka.

Mereka ialah En. Mohd Zain bin Mohd Tahir dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta En. Mohd Hafiz bin Jaafar dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, yang mewakili Kontinjen Selangor dalam kejohanan berprestij tersebut.

Bagi edisi kali ini, MPS turut diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Acara Golf MAKSAK Selangor, dengan En. Mohd Zikry bin Zulkifle dan En. Hafizan bin Kamis dilantik sebagai Pengurus Pasukan bagi kontinjen Selangor. Kedua-dua mereka turut beraksi dalam kategori khas (pengurus) pada kejohanan tersebut.

Kejohanan MAKSAK Games merupakan platform penting bagi penjawat awam seluruh negara untuk memperkukuh semangat kesatuan, disiplin dan kesukanan selain menjadi medan memperlihatkan keupayaan serta potensi dalam bidang sukan.

MPS menzahirkan rasa bangga atas penyertaan para atlet yang bukan sahaja membawa nama Majlis Perbandaran Selayang, tetapi turut mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan penjawat awam negeri Selangor dalam arena sukan.

MESYUARAT MAJLIS BIL. 10-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 10-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 10/2025

29 Oktober 2025 | Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS

Mesyuarat Majlis Bil.10/25 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan TYDP telah berkongsi pencapaian sepanjang bulan Oktober 2025 dan menzahirkan rasa bangga beliau atas kejayaan MPS.

Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan dan pihak media.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2025

29 Oktober 2025 | Lobi Menara, MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2025 yang berlangsung di Lobi Menara MPS.

Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS dalam ucapannya telah melahirkan rasa bangga atas pencapaian MPS yang terus cemerlang apabila berjaya meraih Tempat Kedua dalam Kempen Premis Makanan Bersih sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2025. Satu lagi pengiktirafan besar yang menjadi bukti komitmen MPS dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di premis-premis sekitar Selayang sentiasa berada pada tahap terbaik.

Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian sijil penghargaan dan trofi kemenangan bagi Pertandingan Kempen Premis Makanan Bersih KPKT 2025 serta penyampaian hadiah kejohanan karom MAKSAK.

Turut hadir, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat; Ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan serta warga kerja MPS yang bersama-sama memeriahkan majlis.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS SUMBER MANUSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS SUMBER MANUSIA

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ„𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π ππ„𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 π’π”πŒππ„π‘ πŒπ€ππ”π’πˆπ€ πƒπ€π π‡π€π‘πˆ ππ’πˆπŠπŽπ‹πŽπ†πˆ ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ“

28 Oktober 2025 | Geno Hotel, Subang Jaya

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus mengekalkan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab membangun dan memperkasa modal insan apabila menerima Sijil Penghargaan Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Pelaksanaan AKRAB & Pementoran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2025.

Penganugerahan berprestij ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Pengurus-Pengurus Sumber Manusia dan Hari Psikologi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Geno Hotel, Subang Jaya.

Kehadiran YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama Puan Mazurah binti Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Sr Fazlin Mariam binti Mustafa, wakil AKRAB MPS, menyerlahkan sokongan berterusan pihak MPS terhadap usaha memperkukuh kesejahteraan dan kecemerlangan warga kerja.

Pencapaian ini mencerminkan dedikasi MPS dalam mengamalkan budaya kerja positif, sokongan psikologi di tempat kerja serta pementoran yang berkesan selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam negeri Selangor ke arah tadbir urus yang berintegriti dan berdaya saing.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS PENGURUS SUMBER MANUSIA DAN HARI PSIKOLOGI PENTADBIRAN SUK 2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MPS BIL. 4-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MPS BIL. 4-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL. 4/2025

28 Oktober 2025 | Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah menganjurkan Kursus Asas Sewaan Premis Bil. 4/2025 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Kursus ini menghimpunkan seramai 30 penyewa premis MPS bagi mendalami pengetahuan tentang tatacara penyewaan, pengurusan perniagaan, serta aspek kebersihan dan sisa pepejal. Turut serta, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelesenan, Perbendaharaan, dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pn. Sr. Fazlin Mariam binti Mustafa, Timbalan Pengarah JPPH, diikuti dengan sesi taklimat dan perkongsian daripada pegawai kanan jabatan serta penyewa-penyewa yang berjaya. Turut dijemput, wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkongsi maklumat penting tentang pendaftaran perniagaan.

Semoga penganjuran kursus seperti ini terus menjadi platform bermanfaat untuk memperkukuh hubungan antara MPS dan para penyewa, ke arah pembangunan komuniti keusahawanan yang lebih tersusun dan berdaya tahan

TAKLIMAT KEWANGAN & PENGURUSAN HARTA ANJURAN ANULAE CAWANGAN MPS

TAKLIMAT KEWANGAN & PENGURUSAN HARTA ANJURAN ANULAE CAWANGAN MPS

TAKLIMAT KEWANGAN & PENGURUSAN HARTA ANJURAN ANULAE CAWANGAN MPS

27 Oktober 2025 | Dewan Keraian, Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui ANULAE Cawangan MPS dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Zurich Takaful Malaysia Berhad telah menganjurkan dua sesi taklimat bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman kepada warga kerja MPS berkaitan pengurusan kewangan dan perancangan harta pusaka.

Sesi pertama bertajuk β€œTaklimat Pengurusan Harta Pusaka” telah disampaikan oleh Encik Irfannur Naqib bin Mohd Jefree, Pengurus Agensi Zurich Takaful Malaysia Berhad, diikuti dengan sesi kedua β€œTaklimat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)” oleh Encik Ahmad bin Mohd Idris, Pegawai Perhubungan Pelaburan KWSP.

Kedua-dua sesi yang diadakan di Dewan Keraian, Menara MPS ini melibatkan seramai 70 orang peserta bagi setiap sesi, disusuli dengan pembukaan booth KWSP di lobi Menara MPS bagi memberi peluang kepada warga kerja mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut berkaitan akaun serta pelaburan KWSP.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kerja MPS mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang terancang dan langkah bijak dalam merancang masa depan serta kebajikan keluarga.

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025

22 Oktober 2025 | Putrajaya 

Tuan Shahman bin Jalaludin,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

MPS telah menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur dan penyertaaan kali pertama MPS dalam AIGA ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh komitmen terhadap pembudayaan integriti, amalan tadbir urus terbaik serta pelaksanaan inisiatif antirasuah dalam organisasi.

AIGA 2025 menghimpunkan sebanyak 271 penyertaan daripada sektor awam dan swasta sebagai pengiktirafan terhadap usaha organisasi yang menzahirkan komitmen tinggi dalam aspek integriti..

MPS merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan akan terus komited dalam memperkukuhkan budaya integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah di semua peringkat pentadbiran.

MAJLIS ANUGERAH AIGA 2025

MPS TERIMA AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

MPS TERIMA AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

MPS TERIMA AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

21 Oktober 2025 | Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Audit ini dijalankan bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur ISMS mengikut keperluan ISO/IEC 27001:2022, khususnya bagi Sistem Tender Online Selangor.

Pasukan juruaudit terdiri daripada Puan Nurdahlia binti Abdul Jalal, Puan Tuan Zaharah binti Raja Soh, dan Puan Nor Kamilah binti Othman dari Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Turut hadir semasa sesi audit ialah Puan Zanariah binti Md Zin, Pengarah Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan dan Puan Zuriati binti Karia, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat. Kehadiran pengarah jabatan MPS menunjukkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memastikan pelaksanaan ISMS di MPS berjalan lancar dan mematuhi piawaian keselamatan maklumat yang ditetapkan.

Pelaksanaan audit dalaman ini bertujuan memastikan pengurusan keselamatan maklumat di MPS berada pada tahap terbaik, selain mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan keberkesanan kawalan keselamatan maklumat di peringkat jabatan.

Menerusi audit ini, MPS akan terus menunjukkan komitmen dalam memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat dan memastikan sistem perkhidmatan digital MPS sentiasa selamat, cekap serta selaras dengan standard antarabangsa.

MPS PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI MELALUI LAWATAN PENANDA ARAS KE MBPP

MPS PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI MELALUI LAWATAN PENANDA ARAS KE MBPP

MPS PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI MELALUI LAWATAN PENANDA ARAS KE MBPP

15 Oktober 2025 | Pulau Pinang 

Bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meninjau amalan terbaik dalam pengurusan integriti dan tadbir urus, Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, bersama delegasi daripada Unit Integriti dan Ahli Jawatankuasa Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MPS.

Delegasi MPS telah disambut oleh Encik Rafat bin Abdullah, Ketua Unit Integriti MBPP, yang turut menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan pendekatan digital MBPP dalam pengurusan risiko integriti.

Dalam taklimat tersebut, MBPP turut berkongsi amalan terbaik seperti pelaksanaan platform eCIG, pemantauan risiko rasuah secara berkala, integrasi pelbagai sistem pengurusan termasuk QMS, ABMS, ESG dan OSHMS, serta pengukuhan kawalan dalaman melalui ujian urin dan audit disiplin. MBPP juga memperkenalkan inisiatif pendigitalan perkhidmatan menerusi PEARL App dan Smart Counter.

Lawatan ini memberi peluang kepada MPS untuk memperoleh pandangan dan pengetahuan baharu dalam memperkasakan budaya integriti serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus organisasi.

MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBPP atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu tersebut. MPS turut berharap hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuh demi mempertingkatkan budaya integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam.

LAWATAN PENANDA ARAS KE MB PULAU PINANG_INTEGRITI

LAWATAN PROJEK TPPM DI DESA AMAN PURI

LAWATAN PROJEK TPPM DI DESA AMAN PURI

LAWATAN PROJEK TPPM DI DESA AMAN PURI TANDA KOMITMEN KE ARAH PENYELENGGARAAN PRASARANA YANG LEBIH BAIK

15 Oktober 2025 | Desa Aman Puri

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Lawatan Projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di Pangsapuri Desa Satu, Desa Aman Puri.

Lawatan yang diketuai oleh YBhg. Pua Pei Ling; Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, bersama Tuan Cheong Heng Wai; Ahli Majlis MPS Zon 23, diadakan bagi meninjau pelaksanaan kerja penggantian lif di bawah bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2024/2025.

Menurut pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Unit Urus Selenggara Bangunan (USB), sebanyak tiga (3) unit lif telah diganti pada tahun 2024, manakala lima (5) unit lagi dijadualkan untuk pelaksanaan pada tahun 2025.

YBhg. Pua Pei Ling turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk atas sokongan mereka serta mengucapkan terima kasih kepada KPKT dan jabatan terlibat dalam menjayakan program TPPM ini. Beliau juga mencadangkan agar pihak COB MPS berkolaborasi dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam menyelaras senarai permohonan bantuan penyelenggaraan perumahan kos rendah.

Tuan Cheong Heng Wai; Ahli Majlis Zon 23, turut menyatakan komitmen kerajaan dalam membantu skim perumahan kos rendah, khususnya dalam menangani isu kerosakan lif yang kritikal demi kesejahteraan penduduk.