Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

MAJLIS APRESIASI INOVASI NEGERI SELANGOR TAHUN 2025

MAJLIS APRESIASI INOVASI NEGERI SELANGOR TAHUN 2025

MAJLIS APRESIASI INOVASI NEGERI SELANGOR TAHUN 2025

30 Oktober 2025 | Shah Alam

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah hadir sebagai Penerima Anugerah sempena Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. 

Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, YBrs Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Nurulliza binti Zulkiflee, Pengarah Jabatan Pusat Setempat (OSC) MPS, dan Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat MPS. Hadir sama dalam majlis ini adalah Mantan Pengarah Jabatan OSC MPS, Encik Shamsul Azlan bin Mohamad Anuar.

Kumpulan W2K dari Jabatan OSC MPS telah dinobatkan sebagai Naib Johan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta sijil dan trofi dalam pertandingan Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) Negeri Selangor Tahun 2025 untuk Kategori Inovasi Sosial (Penciptaan) melalui produk inovasi Sistem OSC.MPSQ.

MPS turut mengambil bahagian dalam pameran inovasi dengan memaparkan produk dari Kumpulan W2K, Jabatan OSC MPS dan Zero Debt, Jabatan perbendaharan MPS.