Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG & GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS

PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG & GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS

PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA PERINGKAT MPS

18 Ogos 2025 | Dataran MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos yang dihoskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS pada 18 Ogos 2025 bertempat di Dataran Selayang. Majlis ini turut diserikan dengan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Turut sama dalam majlis ini, YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Ahli-ahli Majlis MPS, barisan pengarah dan warga kerja MPS.

Antara pengisian menarik sepanjang majlis adalah:

- Gimik pelancaran & penyerahan Jalur Gemilang kepada jabatan serta Ahli Majlis MPS

- Pelancaran Pertandingan Meow Merdeka MPS 2025 dengan penampilan istimewa si comel viral berkereta merah – King Oyen 

- Penyampaian hadiah pertandingan bola jaring dalaman MPS

- Perbarisan lintas hormat oleh kakitangan JPSPK MPS

- Perarakan masuk jentera perkhidmatan perbandaran dan alam sekitar JPSPK

- Pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi MPS diiringi nyanyian lagu tema “Jalur Gemilang”.

Acara diakhiri dengan sesi lawatan ke kawasan zon EKSA oleh Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan Dato’ Orang Besar Daerah Gombak bersama-sama Ketua-ketua Jawatan Kuasa EKSA MPS. Lawatan ini bertujuan bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu ditambah baik secara segera bagi menghadapi pengauditan dalaman EKSA.

Selain itu juga, turut diadakan aktiviti Gotong-Royong Perdana EKSA MPS di zon masing-masing sebagai simbol semangat kebersamaan warga MPS dalam menjaga persekitaran yang bersih, ceria dan harmoni.

PERHIMPUNAN BULAN OGOS, SAMBUTAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG & GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MPS

BENGKEL PENGENALAN & PEMBANGUNAN PROJEK (KIK) MPS 2025

BENGKEL PENGENALAN & PEMBANGUNAN PROJEK (KIK) MPS 2025

BENGKEL PENGENALAN DAN PEMBANGUNAN PROJEK KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) MPS TAHUN 2025

18-19 Ogos 2025 | Melaka

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat telah menganjurkan Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif Tahun 2025 pada 18 - 19 Ogos 2025 bertempat di Hotel Asia, Melaka.

Seramai 36 peserta daripada kumpulan KIK MPS telah menyertai bengkel ini yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Puan Rozila binti Rafie. Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan konsep dan kepentingan KIK, kaedah mengenal pasti serta menyelesaikan masalah secara sistematik, teknik pembangunan projek yang inovatif, dokumentasi serta perkongsian amalan terbaik.

Diharapkan melalui penganjuran bengkel ini peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam memperkukuh budaya inovasi dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di MPS.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LALUAN MENUJU KEJUARAAN (ROAD TO CHAMPION) 2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LALUAN MENUJU KEJUARAAN (ROAD TO CHAMPION) 2026 & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PROGRAM BAPA ANGKAT KONTINJEN SUKMA NEGERI SELANGOR

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LALUAN MENUJU KEJUARAAN (ROAD TO CHAMPION) 2026 & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PROGRAM BAPA ANGKAT KONTINJEN SUKMA NEGERI SELANGOR

16 Ogos 2025 | Shah Alam

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Laluan Menuju Kejuaraan (Road to Champion) 2026 dan Penyerahan Watikah Pelantikan Program Bapa Angkat Kontinjen SUKMA Negeri Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bersama YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, barisan EXCO, Ahli Dewan Negeri, pegawai kanan kerajaan negeri, Datuk Bandar, Yang Dipertua, Pegawai Daerah serta wakil agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Bagi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diberi tanggungjawab dan dilantik sebagai 

Bapa Angkat bagi sukan Menembak dan E-sport (E-sukan).

MAJLIS HI-TEA AMAL PIBG SAM RAWANG 2025

MAJLIS HI-TEA AMAL PIBG SAM RAWANG 2025

MAJLIS HI-TEA AMAL PIBG SAM RAWANG 2025

16 Ogos 2025 | Rawang

Bagi mengumpul dana pembelian smartboard untuk kegunaan PdPc yang lebih interaktif dan berkesan, PIBG SAM Rawang telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Amal 2025 pada 16 Ogos 2025 bertempat di Dewan Makan Asrama, SAM Rawang.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang ini berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM11,000 setakat ini daripada sasaran RM80,000.

Pada majlis tersebut, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Haji Az’har bin Samsuri turut hadir bagi menyampaikan sumbangan mewakili MPS.

Orang ramai yang ingin membantu usaha PIBG SAM Rawang boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun PIBG SAM Rawang (Bank Rakyat: 1100442197) atau melalui imbasan DuitNow QR.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekolah Agama Menengah Rawang di talian 03 6091 8934.

MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN COUNTDOWN SUKMA SELANGOR 2026

MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN COUNTDOWN SUKMA SELANGOR 2026

MAJLIS PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN COUNTDOWN SUKMA SELANGOR 2026

15 Ogos 2025 | Shah Alam

Majlis Pelancaran Logo, Maskot, Tema dan Countdown setahun menuju Sukan Malaysia (SUKMA) XXII serta Para SUKMA Selangor 2026 telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.

Acara pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, sebagai simbolik permulaan kiraan detik 365 hari menjelang penganjuran temasya sukan terbesar negara yang akan dianjurkan oleh Negeri Selangor pada Ogos 2026.

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut hadir memberikan sokongan terhadap pelancaran rasmi ini. Untuk makluman, Stadium Selayang akan menjadi salah satu lokasi penganjuran SUKMA Selangor 2026.

Sebagai salah satu pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor, MPS sentiasa komited dalam memberikan sokongan padu terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam menjayakan penganjuran SUKMA Selangor 2026, yang bakal menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta pembangunan belia dan masyarakat.

FUTSAL PERSAHABATAN TIGA PENJURU PERKUKUH SEMANGAT BERPASUKAN

FUTSAL PERSAHABATAN TIGA PENJURU PERKUKUH SEMANGAT BERPASUKAN

FUTSAL PERSAHABATAN TIGA PENJURU PERKUKUH SEMANGAT BERPASUKAN

15 Ogos 2025 | Shah Alam

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Futsal Tiga Penjuru melibatkan penyertaan pasukan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pada 15 Ogos 2025 bertempat di Sportizza Batu Tiga, Shah Alam.

Penganjuran perlawanan ini bertujuan sebagai medan persediaan pasukan futsal MPS menjelang Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun (SUKANUN) 2025 yang dijadualkan berlangsung di UiTM Seri Iskandar, Perak pada 7 hingga 13 September 2025. Di samping itu, ia turut menjadi platform dalam memperkukuh hubungan kerjasama dan memupuk semangat kesukanan antara Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Keputusan perlawanan seperti berikut :

• MPS 1 – 0 MPKj

• MPS 2 – 2 MPKL

• MPKj 0 – 2 MPKL

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung

PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

14 Ogos 2025 | SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang telah menganjurkan Program Big Girls’ Talk MPS 2025 pada 14 Ogos 2025. Program ini menghimpunkan seramai 60 orang pelajar perempuan Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 bagi membincangkan isu kesedaran sosial, kesihatan mental dan pembentukan jati diri positif.

Sesi perkongsian utama telah disampaikan oleh Puan Jamaida Binti Jamaludin, Timbalan Pengurus Seksyen Pengurusan Psikologi & Kaunseling, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang juga merupakan kaunselor berdaftar dengan kepakaran dalam terapi seni, kaunseling individu dan kelompok. Turut hadir ke majlis ini Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) MPS.

Menggunakan pendekatan terapi seni (art therapy), peserta dibimbing melalui lima modul interaktif iaitu Scribble, Body Tracking, Love Mapping, Mandala serta Awan & Alam bagi membantu menganalisis isu peribadi, membina kesedaran kendiri dan meningkatkan keyakinan.

Hasil penilaian bersama Unit Kaunseling Sekolah mendapati terdapat keperluan untuk susulan bimbingan bagi memastikan kesejahteraan emosi dan sosial para peserta terus terpelihara. Langkah ini akan membantu mereka mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepanjang program dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian.

Program Big Girls’ Talk MPS 2025 berjaya memberi inspirasi kepada remaja perempuan untuk lebih mengenali potensi diri, membina keyakinan dan melangkah ke hadapan sebagai generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

PROGRAM BIG GIRL'S TALK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

PRE-AUDIT ANUGERAH TOILET OF THE YEAR 2025 (TOTYA'25), KATEGORI HOTEL

PRE-AUDIT ANUGERAH TOILET OF THE YEAR 2025 (TOTYA'25), KATEGORI HOTEL

PRE-AUDIT ANUGERAH TOILET OF THE YEAR 2025 (TOTYA’25), KATEGORI HOTEL

14 Ogos 2025 | Hotel Richbaliz, Selayang Point

Dalam usaha menuju kepada peningkatan standard kebersihan dan kemudahan awam, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dicalonkan bagi kategori Hotel dalam Pertandingan Anugerah Toilet Of The Year 2025 (TOTYA’25) dan berjaya mara ke peringkat Saringan Akhir Top 5.

Pada April 2025, MPS telah menghantar pencalonan bagi Hotel Richbaliz, Selayang Point untuk dinilai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi memastikan tahap kebersihan dan fasiliti berada di piawaian tertinggi, satu sesi pre-audit telah diadakan di lokasi berkenaan.

Lawatan penilaian tersebut telah diketuai oleh Tuan Zulkifli bin Mohammad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, KPKT bersama Tuan Nor Azman bin Ahmat Kalam daripada Quality Restroom Association of Malaysia (QRAM) serta Puan Musfaleza binti Mustafa dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir bersama memberikan sokongan penuh Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis MPS, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS bersama kakitangan jabatan.

Penilaian ini menjadi satu langkah penting untuk memastikan fasiliti awam, khususnya tandas di premis hotel, memenuhi standard kebersihan bertaraf antarabangsa. Dalam masa sama, ia juga merupakan penentu untuk pemilihan tiga terbaik bagi Anugerah TOTYA’25. MPS berharap pencalonan ini dapat menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus mengekalkan persekitaran yang bersih, selesa dan mesra pengguna.

LAWATAN TAPAK PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG SIRI KE-2

LAWATAN TAPAK PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG  SIRI KE-2

LAWATAN TAPAK PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG SIRI KE-2

14 Ogos 2025 | Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan selaku Urusetia Pelan Strategik Pengurusan dan Pemerkasaan Penjaja Kecil MPS 2026–2030 telah melaksanakan Lawatan Tapak Penanda Kawasan Penempatan Penjaja Siri ke-2 pada 14 Ogos 2025 melibatkan sembilan lokasi strategik di sekitar Bandar Tasik Puteri, Saujana Rawang, Country Homes, Pekan Rawang dan kawasan sekitarnya.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Az’har Bin Samsuri Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama wakil-wakil daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perundangan, Jabatan Teknologi Maklumat serta Ahli Majlis Zon 18, Puan Loo Voon May.

Tujuan utama tinjauan ini adalah bagi mengenal pasti potensi kawasan penempatan penjaja yang lebih teratur, strategik dan mesra pengunjung. Menerusi tinjauan ini juga diharapkan setiap tapak yang dibangunkan akan menawarkan kemudahan yang selesa, selamat dan menarik, selaras dengan usaha memperkasakan Penyediaan Pelan Strategik penjaja kecil ini.

Antara lokasi yang dilawati termasuk tapak Gerbang Malam di Pusat Bandar Country Homes, yang akan menjadi contoh terbaik penempatan penjaja dengan imej bersih, tersusun dan berdaya tarikan, sejajar dengan inisiatif Program Zon Bersih MPS.

Usaha ini diharap dapat mewujudkan ruang niaga yang lebih kondusif serta akan memberi manfaat kepada penjaja dan masyarakat, di samping memperkukuh identiti kawasan sebagai destinasi tumpuan pengunjung.

KONVOI MERDEKA 68 JKR GOMBAK KUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI MPS

KONVOI MERDEKA 68 JKR GOMBAK KUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI MPS

KONVOI MERDEKA 68 JKR GOMBAK KUKUHKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI MPS

13 Ogos 2025 | Perkarangan MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini menerima kunjungan Pasukan Konvoi Merdeka 68 Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Konvoi 10 buah motosikal dan dua buah kereta jabatan JKR Daerah Gombak yang diketuai oleh Puan Siti Zarina Ngajam, Jurutera Fasiliti JKR Daerah Gombak telah tiba di Lobi MPS pada jam 8.40 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat MPS dan Encik Hairudin Bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS.

Acara diteruskan dengan penyerahan pendant dan Jalur Gemilang oleh Puan Siti Zarina kepada Tuan Haji Az’har, diikuti sesi bergambar kenangan bersama semua peserta konvoi. Tuan Haji Az’har turut berkesempatan menyempurnakan sesi

pelepasan (flag off) sebagai simbolik pasukan konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Pihak MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan konvoi atas kesudian memilih MPS sebagai salah satu lokasi persinggahan bagi penyerahan simbolik pendant dan Jalur Gemilang. Kehadiran pasukan konvoi bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah mengukuhkan hubungan kerjasama dan ukhuwah antara agensi kerajaan.