Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

HARI KEDUA KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG

HARI KEDUA KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG

HARI KEDUA KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG

21 September 2025 | Taman Ekstrem Gua Damai

Kemeriahan Karnival Ekstrem Geopark Gua Damai 2025 diteruskan pada hari kedua dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai. Lebih 4,000 pengunjung hadir sejak hari pertama, termasuk mereka yang turut serta dalam Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor @ Gombak.

Pelbagai aktiviti ekstrem dan rekreasi telah mewarnai karnival ini pada hari kedua, antaranya rock climbing, flying fox kanak-kanak, tree climbing, abseiling, memanah, serta pelbagai aktiviti riadah lain yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kehadiran pengunjung daripada pelbagai latar belakang menjadikan Taman Ekstrem Gua Damai lokasi yang penuh dengan kegembiraan, semangat, dan pengalaman baharu.

Suasana pagi turut dimeriahkan dengan senaman tari dan zumba beramai-ramai yang disertai oleh para pengunjung dengan penuh semangat, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan mesra. Selain itu, acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan turut menambah keterujaan apabila para peserta menunggu dengan penuh debaran untuk membawa pulang hadiah menarik yang disediakan penganjur.

Karnival ini bukan sahaja menjadi medan mencabar fizikal dan mental, malah turut mengukuhkan peranan Taman Ekstrem Gua Damai sebagai destinasi ekopelancongan dan rekreasi utama di Selangor.

Semoga Karnival Ekstrem Geopark Gua Damai terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, serta menjadi pemangkin pembangunan pelancongan, ekonomi dan komuniti setempat.

KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI 2025

MPS RAIH TEMPAT KETUJUH KESELURUHAN DI KARNIVAL SUKANUN KE-13 2025

MPS RAIH TEMPAT KETUJUH KESELURUHAN DI KARNIVAL SUKANUN KE-13 2025

MPS RAIH TEMPAT KETUJUH KESELURUHAN DI KARNIVAL SUKANUN KE-13 TAHUN 2025

13 September 2025 | Perak

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan daripada 58 agensi yang mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) Ke-13 tahun 2025. Kejayaan ini menjadi bukti semangat juang, disiplin, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet MPS sepanjang kejohanan.

MPS berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak, dan satu pingat gangsa. Kejayaan ini membuktikan kemampuan atlet MPS untuk terus bersaing di peringkat lebih tinggi serta memberi cabaran hebat kepada pasukan lain.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, dan pegawai yang telah mengharumkan nama MPS dalam kejohanan ini. Bagi kategori keseluruhan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan SUKANUN Ke-13 tahun 2025.

KEJOHANAN SUKAN BADAN-BADAN BERKANUN (SUKANUN) TAHUN 2025

KEJOHANAN SUKAN BADAN-BADAN BERKANUN (SUKANUN) TAHUN 2025

KEJOHANAN SUKAN BADAN-BADAN BERKANUN (SUKANUN) TAHUN 2025

10 September 2025 | Perak

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus menunjukkan semangat kesukanan tinggi dalam Kejohanan Sukan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) 2025 yang sedang berlangsung di Perak, dengan barisan atlet berjuang dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Pada 10 September 2025, pasukan bola jaring MPS beraksi di UiTM Seri Iskandar menentang PPJ, namun tewas dengan keputusan 8-24. Dalam acara futsal sesi pagi di Manjung, MPS berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas MBDK. Pasukan ping pong MPS juga terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 kepada USM. Pada sesi petang, skuad futsal MPS kembali ke gelanggang untuk menentang MBSA tetapi tewas 0-3 selepas perlawanan sengit.

MPS menzahirkan penghargaan kepada semua atlet yang telah memberi komitmen sepenuh hati, menunjukkan semangat kesukanan dan keazaman tinggi. Penyertaan ini diharap dapat terus menyemarakkan motivasi warga kerja MPS untuk kekal cergas, berdaya saing dan bersatu padu dalam apa jua cabaran.

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB SIRI 4-2025 ANJURAN MPS

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB SIRI 4-2025 ANJURAN MPS

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB SIRI 4/2025 ANJURAN MPS

3 September 2025 | Bukit Lagong 

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Seminar Kehidupan Strata Sejahtera E-COB Siri 4/2025 bertempat di Dewan Simfoni, Bukit Lagong MPS.

Seminar ini telah dihadiri seramai 31 peserta yang mewakili 31 skim strata dalam kawasan pentadbiran MPS. Peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB/MC), pemilik petak dan pengurus bangunan.

Antara pengisian utama seminar ialah pendedahan mengenai fungsi, tanggungjawab serta tatacara pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi JMB/MC. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk memberi penerangan terhadap isu keselamatan cerun di kawasan strata, tanda awal kerosakan cerun, serta aspek pengubahsuaian bangunan strata yang merangkumi hak, had, kepatuhan dan implikasi undang-undang.

Seminar ini disampaikan oleh Puan Sr Rosmaliza Binti Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS; Encik Hyrul Nizam Bin Hamedi dari Jabatan Kejuruteraan, serta Encik Norsalrin Bin Mohd Nor daripada Jabatan Bangunan.

Para peserta juga memberikan komitmen yang baik menerusi sesi soal jawab, aktiviti berkumpulan dan menjawab soalan kefahaman jabatan, sekali gus menunjukkan tahap penglibatan yang baik terutamanya bagi barisan JMB/MC baharu yang dilantik menerajui skim strata.

Majlis Penutup Seminar Kehidupan Strata Sejahtera E-COB Siri 4/2025 telah disempurnakan oleh Puan Nor Shafaliza binti Saharudin, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dan turut dihadiri oleh pengarah-pengarah jabatan MPS.

KONTIJEN KAWAD KAKI MPS JUARA ACARA PERBARISAN KATEGORI PBT

KONTIJEN KAWAD KAKI MPS JUARA ACARA PERBARISAN KATEGORI PBT

KONTIJEN KAWAD KAKI MPS JUARA ACARA PERBARISAN KATEGORI PBT

30 Ogos 2025 | Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Semangat patriotik serta kemeriahan sekitar Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kontijen Kawad Kaki Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang telah dinobatkan sebagai juara perbarisan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir pada majlis ini Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan).

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh kontijen MPS dan PANTAS MPS atas penyertaan dalam acara perbarisan. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua atas komitmen dan dedikasi.

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN (PSU) MPS & KENAIKAN PANGKAT (TBK1) 2025

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN (PSU) MPS & KENAIKAN PANGKAT (TBK1) 2025

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN PENOLONG SETIAUSAHA (PSU) MPS DAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME BASED (TBK1) TAHUN 2025

29 Ogos 2025 | Pejabat Yang Dipertua MPS

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Penolong Setiausaha (PSU) MPS dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based (TBK1) Tahun 2025 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung pada 29 Ogos 2025. Majlis ini melibatkan dua orang kakitangan MPS, iaitu Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha (PSU) MPS, serta Puan Roslina binti Rosli, Penolong Akauntan yang menerima kenaikan pangkat TBK1.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pelantikan serta kenaikan pangkat ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MPS untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan amanah.

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN BICARA ILMU 2025

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN BICARA ILMU 2025

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN BICARA ILMU 2025

29 Ogos 2025 | Lobi Menara, MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan MPS telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Bicara Ilmu bersempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan ANULAE MPS.

Program ini diadakan di Lobi Menara MPS dan turut mendapat sokongan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Wakil BIMB turut memberi taklimat mengenai pengurusan kewangan kepada warga kerja MPS.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan sesi Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Nabil bin Ahmad bertajuk “Mulakan Kerja Dengan Nilai Positif”, bertujuan memberi inspirasi dalam membentuk sahsiah dan semangat kerja cemerlang dalam kalangan warga MPS.

Sebagai makluman, ANULAE Cawangan MPS telah ditubuhkan secara rasmi pada 28 Ogos 2015 dan terus komited dalam memperkukuh kebajikan serta pembangunan modal insan warga kerja MPS.

Semoga majlis ini menjadi wadah pengukuhan ukhuwah serta menyemarakkan budaya kerja positif dalam kalangan warga MPS demi kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.

Turut sama dalam majlis ini, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS; pengarah-pengarah Jabatan serta kakitangan MPS.

KURSUS GENERATIVE AI MPS 2025

KURSUS GENERATIVE AI MPS 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Kursus Generative AI pada 27 hingga 28 Ogos 2025 bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Kursus ini telah disertai seramai 27 peserta terdiri daripada Yang Dipertua MPS, Tuan Shahman bin Jalaludin, pengarah jabatan serta wakil-wakil jabatan. Penganjurkan kursus ini mencerminkan komitmen padu pihak MPS dalam memperkukuhkan budaya inovasi dan transformasi digital di peringkat pentadbiran.

Sesi kursus telah dikendalikan oleh dua penceramah jemputan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), iaitu Puan Siti Nadiah Alsadat binti Shukkran dan Puan Farah Ain binti Mohd Tajudin. Kedua-dua penceramah telah berkongsi ilmu, pengalaman serta aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan kecekapan kerja, memperkaya inovasi, dan menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan MPS.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu mempercepatkan urusan pentadbiran dengan membantu menyediakan draf dokumen rasmi secara pantas, menghasilkan laporan serta ringkasan mesyuarat secara automatik, menyokong analisis data bagi proses membuat keputusan, serta meningkatkan komunikasi dalaman dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Kursus ini turut mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta. Semoga penganjuran Kursus Generative AI ini menjadi pemangkin kepada warga kerja MPS untuk terus berinovasi dan mendepani cabaran teknologi semasa, seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, mesra dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

MESYUARAT MAJLIS BIL. 8-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 8-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 8/2025

26 Ogos 2025 | Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS

Mesyuarat Majlis Bil.8/25 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah berkongsi pencapaian sepanjang bulan Ogos 2025 dan menzahirkan rasa bangga beliau atas kejayaan MPS.

Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan dan pihak media.

KUNJUNGAN HORMAT MEDIA SELANGOR KE MPS

KUNJUNGAN HORMAT MEDIA SELANGOR KE MPS

KUNJUNGAN HORMAT MEDIA SELANGOR KE MPS

26 Ogos 2025 | Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan hormat daripada Media Selangor yang diketuai oleh Encik Noor Azam bin Shairi, Pemangku Ketua Pengarang Kumpulan Kanan, Media Selangor.

Kunjungan delegasi Media Selangor seramai enam orang itu telah disambut mesra oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama Pengarah Jabatan Korporat, Puan Zulaina binti Abu Talib.

Pertemuan ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan strategik antara MPS dan media arus perdana, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat.