Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2025

30 September 2025 | Lobi Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 yang dihoskan oleh Jabatan Bangunan dan diketuai oleh Puan TPr. Noriza binti Bahari, Pengarah Jabatan Bangunan. Majlis dimulakan dengan gimik pembukaan, taklimat Jabatan Bangunan, kuiz kahoot dan ucapan oleh Tuan Yang Dipertua sebelum diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS diiringi Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, melibatkan:

1. Penyampaian Sijil Cemerlang EKSA SUK kepada MPS,

2. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatan Kuasa Audit Dalam EKSA Bil. 1/2025,

3. Penyampaian Sijil Penghargaan pencapaian Zon EKSA Terbaik Bagi Audit Dalam EKSA MPS Bil.1/2025,

4. Penyampaian hadiah johan Kontijen Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025,

5. Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukanun 2025 - melibatkan pasukan Golf, Ping-pong dan Futsal,

6. Penyampaian hadiah Kejohanan Dart Piala YDP Majlis Perbandaran Kuala Selangor Tahun 2025,

7. Penyampaian hadiah Liga Fantasy Premier League KSDK MPS Sesi 1 Tahun 2025 dan

8. Penyampaian hadiah pertandingan ‘Meow Merdeka’ MPS 2025

Turut hadir adalah Ahli Majlis, Pengarah Jabatan serta kakitangan MPS yang bersama-sama memeriahkan majlis ini. 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL. 3-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL. 3-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL. 3/2025

30 September 2025 | Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Kursus Asas Sewaan Premis Bil. 3/2025 pada 30 September 2025 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Seramai 80 peserta yang merupakan penyewa premis MPS telah menyertai kursus ini. Penganjuran kursus bertujuan memberikan penerangan terperinci mengenai tatacara penyewaan premis milik MPS serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek pengurusan sewaan secara menyeluruh. Turut hadir ialah pegawai daripada Jabatan Pelesenan, Perbendaharaan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Pn. Sr. Fazlin Mariam binti Mustafa, Timbalan Pengarah JPPH, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat oleh pegawai kanan jabatan berkaitan. Antara pengisian yang dibentangkan termasuklah pengurusan kewangan perniagaan, pelesenan, pengurusan sisa pepejal, serta kebersihan premis. Selain itu, sesi perkongsian pengalaman daripada penyewa berjaya turut memberi inspirasi dan panduan kepada peserta dalam aspek promosi serta pengurusan perniagaan.

MPS juga telah menjemput penceramah daripada Hijrah Selangor dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memberi pendedahan mengenai sumber peruntukan perniagaan dan kaedah permohonan pendaftaran syarikat.

Turut serta ialah 5 orang pegawai dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang hadir bagi mempelajari kaedah pelaksanaan Kursus Asas Sewaan Premis MPS.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada peserta yang berjaya melengkapkan kursus, disempurnakan oleh Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Pengarah JPPH.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dengan para penyewa, sekaligus menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih tersusun, berdaya tahan dan mampan.

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

27 September 2025 | Sungai Tua

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Libat Urus Peringkat DUN Sungai Tua bagi tahun 2025 di Dewan Sri Siantan, dihadiri oleh Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS, YDH Dato’ IR Haji Cheremi bin Haji Tarman; Orang Besar Daerah Gombak, Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Maimon binti Misnan; Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua bersama barisan Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan serta wakil penduduk setempat.

Program ini merupakan sesi kedua pada tahun ini yang dianjurkan MPS sebagai platform interaktif bagi memberi peluang kepada penduduk menyuarakan persoalan, pandangan, cadangan dan isu berkaitan perkhidmatan MPS secara terus dengan pihak pengurusan.

Dalam ucapan alu-aluan, Tuan Yang Dipertua menzahirkan penghargaan atas kehadiran para peserta dan menekankan komitmen MPS untuk terus mendengar suara rakyat. Beliau turut menyatakan bahawa sesi libat urus ini akan diteruskan secara berperingkat melibatkan kawasan DUN lain di sekitar pentadbiran MPS.

Majlis turut merakamkan terima kasih kepada penduduk yang hadir kerana telah berkongsi pandangan dan cadangan semasa sesi soal jawab. Segala input yang diterima akan diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak pengurusan MPS

SESI LIBAT URUS MPS BERSAMA PENDUDUK DUN SUNGAI TUA 2025

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2025

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2025

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2025

27 September 2025 | Bandar Country Homes, Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Zon Bersih sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2025, yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan persekitaran, memupuk amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), serta memperkasakan penglibatan komuniti dalam menjadikan kawasan perbandaran Selayang lebih lestari dan sejahtera.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS. Turut hadir ialah Tuan K. Thanabal a/l Krishnan dan Tuan U Chin Ong, Ketua WHIP Ahli Majlis MPS; Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17; Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16; Tuan Haji Khairil Anwar bin Che May, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS; wakil-wakil agensi; serta wakil-wakil komuniti setempat yang bersama-sama menjayakan program ini.

Pengisian utama program ialah aktiviti Gotong Royong Plogging Komuniti, yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan gotong royong. Acara turut diteruskan dengan cabutan bertuah yang menambah keceriaan program serta menggalakkan penglibatan aktif komuniti.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, serta penghargaan khusus buat komuniti yang telah berganding bahu menjayakan Program Zon Bersih. Komitmen dan kerjasama anda semua menjadi bukti semangat kebersamaan demi persekitaran yang lebih bersih, selesa, dan sejahtera.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZON BERSIH SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2025

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB DENGAN KERJASAMA (MPS)

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB DENGAN KERJASAMA (MPS)

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)

27 September 2025 | Lobi Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama PERKESO WPKL telah menganjurkan Karnival Kerjaya Myfuturejob pada 27 September 2025 bertempat di Lobi Menara MPS. Sebanyak 12 majikan telah terlibat dan lebih 1,051 kekosongan jawatan telah ditawarkan pada program ini.

Pada karnival kerjaya ini, seramai 83 peserta telah hadir dan menjalani temuduga. Peserta juga turut berpeluang mendapat konsultansi percuma dari pihak PERKESO berkaitan penyediaan resume dan kaunseling kerjaya.

Turut hadir pada program ini, Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) MPS dan Encik Mohamad Haron bin Othman, Timbalan Pengarah Negeri, PERKESO WPKL.

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOB DENGAN KERJASAMA (MPS)

LAWATAN ANUGERAH (MSOSH-CUEPACS)

LAWATAN ANUGERAH (MSOSH-CUEPACS)

LAWATAN ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEKTOR AWAM (MSOSH-CUEPACS)

26 September 2025 | Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS

Lawatan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH-CUEPACS) Sektor Awam 2025 telah diadakan pada 29 September 2025 di Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Panel penilai daripada Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH), iaitu Ts. Dr. Khairul Fahzan bin Salleh, telah melaksanakan penilaian dokumentasi serta penilaian fizikal mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Sesi penilaian ini memberi tumpuan kepada tahap pelaksanaan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam sesebuah organisasi.

Panel penilai turut berkongsi dapatan amalan baik serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MPS.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada panel penilai, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta seluruh warga kerja MPS atas komitmen yang diberikan sepanjang sesi Lawatan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH-CUEPACS) Sektor Awam 2025.

SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS

SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS

SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS

26 September 2025 | Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Turun Padang bersama Pengurusan Tertinggi pada 26 September 2025 di Rawang bagi meninjau keadaan semasa serta meneliti keperluan pembangunan setempat.

Sesi lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS, bersama YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS Zon 14; Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17; Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16; serta wakil daripada jabatan dalaman MPS yang berkaitan. Turut hadir ialah wakil daripada JKR Gombak dan Pejabat DUN Rawang.

Antara lokasi tumpuan lawatan ialah Taman Tasik Tun Perak, Tasik KUB – Taman Bersatu, Pekan Rawang, serta Pasar Moden Rawang. Fokus utama sesi ini adalah untuk meninjau perkembangan pembangunan kawasan, membincangkan isu-isu semasa, serta menilai aspek kebersihan, penjaja dan persekitaran setempat.

Program ini telah berlangsung dengan lancar dan menjadi platform penting dalam memastikan agenda pembangunan serta penyelesaian isu-isu di Rawang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan komuniti setempat.

SESI TURUN PADANG PENGURUSAN TERTINGGI MPS 2025

WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI 2025

WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI 2025

WARNA WARNI BOTANI: FESTIVAL FABRIKASI 2025

25 September 2025 | Shah Alam

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi 2025 yang berlangsung pada 25 hingga 28 September 2025 di Taman Botani Negara, Shah Alam. Festival anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) bersama rakan strategik ini telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Dalam majlis berkenaan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan plak penghargaan kepada semua rakan strategik termasuk MPS selaku penaja utama. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS turut menerima penghargaan daripada PSJKM atas sumbangan MPS terhadap pembangunan seni kreatif.

Festival ini meraikan seni fabrikasi serta membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan, khususnya golongan B40 dan E-Kasih. Kerjasama antara MPS dan PSJKM bermula sejak 2024 apabila MPS menjadi tuan rumah edisi pertama yang menarik penyertaan 1,874 peserta dan 37 usahawan termasuk masyarakat Orang Asli.

Tahun ini, kesinambungan kerjasama diteruskan dengan program Sew & Save yang melatih komuniti menghasilkan produk kitar semula fabrik dan plastik, menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 5, SDG 8 & SDG 12).

MPS akan terus menyokong pembangunan seni kreatif, memperkasa ekonomi komuniti dan menggalakkan kelestarian demi kesejahteraan masyarakat.

WARNA WARNI BOTANI FESTIVAL FABRIKASI 2025

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA PERKAHWINAN DYTM RMS DENGAN CIK AFZAA FADINI

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA PERKAHWINAN DYTM RMS DENGAN CIK AFZAA FADINI

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA PERKAHWINAN DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ, RAJA MUDA SELANGOR DENGAN CIK AFZAA FADINI BINTI DATO’ ABDUL AZIZ PERINGKAT DAERAH GOMBAK

25 September 2025 (Khamis) | Masjid Jamek Al-Amaniah, Jalan Sungai Tua, Taman Amaniah

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berbesar hati turut serta dalam Majlis Doa Selamat anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Gombak sempena meraikan perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bersama Cik Afzaa Fadini Binti Dato’ Abdul Aziz.

Majlis penuh keberkatan ini turut dihadiri oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Tuan Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; ahli majlis serta pengarah-pengarah jabatan MPS yang bersama-sama menzahirkan doa serta menyemarakkan semangat kesyukuran atas ikatan perkahwinan diraja ini.

Majlis Perbandaran Selayang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan doa restu kepada pasangan diraja semoga mahligai yang dibina sentiasa dipenuhi keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan berpanjangan.

ACARA PELEPASAN PESERTA PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN DAERAH GOMBAK 2025

ACARA PELEPASAN PESERTA PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN DAERAH GOMBAK 2025

ACARA PELEPASAN PESERTA PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH GOMBAK TAHUN 2025

23 September 2025 | Lobi Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Gombak Tahun 2025 yang berlangsung pada 23-25 September 2025. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gombak dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. 

Acara pelepasan peserta barlangsung di pekarangan Menara MPS melibatkan seramai 50 orang pelajar dari lima buah sekolah menengah sekitar perbandaran Selayang yang telah terpilih untuk menyertai program ini yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pasir Puteh Resort, Kalumpang, Hulu Selangor.

Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir ialah Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS; Encik Naresh Kumar a/l Thangayah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak; Ketua-ketua WHIP MPS serta wakil-wakil jabatan dan agensi daerah Gombak.

MPS menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaiknya, seterusnya menjadi generasi belia yang berdisiplin, berdaya saing serta mampu memberi sumbangan positif kepada komuniti dan negara.