Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT HAKIKI

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT HAKIKI

MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT HAKIKI DAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED (TBK1) BAGI TAHUN 2025

28 Julai 2025 | Pejabat Yang Dipertua

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada dua belas orang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang telah menerima surat penyiaran kenaikan pangkat hakiki dan kenaikan pangkat secara time-based (TBK2) bagi tahun 2025 pada 28 Julai 2025.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS dan disaksikan oleh YBrs.Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus menabur khidmat bakti yang terbaik demi kemajuan bersama khususnya untuk MPS.

PROGRAM FUN RUN DAN HARI TANPA KENDERAAN TAHUN 2025

MPS FUN RUN DAN PROGRAM PAGI TANPA KENDERAAN 2025

MPS FUN RUN DAN PROGRAM PAGI TANPA KENDERAAN TAHUN 2025

27 Julai 2025 | Emerald Central, Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus komited memperkasa agenda kelestarian dan kesejahteraan komuniti menerusi penganjuran MPS Fun Run dan Program Pagi Tanpa Kenderaan 2025 yang berlangsung pada 27 Julai 2025 bertempat di Emerald Central, Kota Emerald, Rawang.

Acara pelepasan peserta MPS Fun Run telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan seramai hampir 1,000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian santai ini. Turut serta dalam larian ialah YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, yang hadir memberi sokongan padu kepada inisiatif hijau ini.

Acara diteruskan dengan sesi kayuhan basikal yang disertai oleh tetamu kehormat sebagai simbolik bagi tema “Ke Arah Bandar Rendah Karbon” untuk Program Pagi Tanpa Kenderaan MPS.

Program ini merupakan usaha bersepadu MPS bersama Menteri Besar Incorporated (MBI), GuocoLand dan KLK Palm Oleo Sdn. Bhd. dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat, penjagaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Majlis penutup Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, dan turut diserikan dengan kehadiran Encik Wee Kwang Yoong, Pengarah Pembangunan GuocoLand (Malaysia) Berhad; dan Dr. Liew Weng Hui, Ketua Tanggungjawab Korporat KLK Palm Oleo Sdn. Bhd.

Acara penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik serta jabatan dan agensi yang terlibat turut diadakan, selain penyampaian hadiah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Selain itu, turut diadakan acara penyerahan Jalur Gemilang bersempena sambutan bulan kemerdekaan kepada wakil-wakil komuniti turut diadakan sebagai simbolik semangat patriotisme, dengan sumbangan daripada Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16 dan Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17.

Turut sama memeriahkan program ini, YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang; YB Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Rawang; Ahli Majlis MPS dan Pengarah Jabatan MPS.

MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama padu yang diberikan dalam merealisasikan impian membina sebuah bandar rendah karbon yang lebih sejahtera demi masa depan bersama.

PROGRAM FUN RUN DAN HARI TANPA KENDERAAN DI KOTA EMERALD RAWANG 2025

MAJLIS PERASMIAN SEW AND SAVE ANJURAN MPS

MAJLIS PERASMIAN SEW AND SAVE ANJURAN MPS

MAJLIS PERASMIAN SEW AND SAVE ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

22 Julai 2025 | Institut Kraf Negara, Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) dan Institut Kraf Negara (IKN) telah menganjurkan Program Sew and Save bertempat di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara pada 22 Julai 2025.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, dan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dihormatkan Dato’ Ir Haji Cheremi Bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; Dato’ Fully Chye Goet Lee, Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKSM); Encik Shamsul Azizi Bin Samsudin, Pengarah Kanan, Institut Kraf Negara; Puan Nurfaeza binti Othman, Penolong Pegawai Pendidikan Bahagian Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.

Program Sew and Save merupakan inisiatif julung kali dianjurkan oleh MPS yang bertujuan untuk memupuk kreativiti, membangunkan kemahiran serta menyemai kesedaran terhadap amalan kelestarian dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan ‘upcycle’ – iaitu mengubah bahan terpakai menjadi produk baharu yang lebih bernilai. Pendekatan ini bukan sahaja menyokong gaya hidup lestari, malah memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi dalam bidang seni jahitan dan kraf.

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang program, termasuk bengkel jahitan, demonstrasi, pameran serta sesi perkongsian ilmu daripada penggiat industri kreatif yang berpengalaman. Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian dan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Hadir sama dalam majlis ini, ketua-ketua WHIP Ahli Majlis MPS, Tuan Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis Zon 11 MPS, wakil agensi dan pelajar-pelajar sekolah.

PROGRAM SEW AND SAVE JULAI 2025

MAJLIS PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUATKUASA MPS KE-43

MAJLIS PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA MPS KE-43

MAJLIS PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA MPS KE-43

18 Julai 2025 | Dataran MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Majlis Perbarisan sempena Sambutan Bulan Penguat Kuasa MPS kali ke-43 yang berlangsung di Dataran MPS.

Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota penguat kuasa dan keselamatan MPS atas komitmen serta dedikasi mereka dalam meningkatkan mutu perkhidmatan demi kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan komuniti.

Majlis dimulakan dengan perbarisan kawad hormat sebelum diteruskan dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPS, Tuan Shahman bin Jalaludin, diiringi oleh Tuan Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS.

Sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Penguat Kuasa MPS bagi kategori Individu Terbaik dan Zon/Unit Terbaik tahun 2024.

Acara turut diserikan dengan persembahan kawad formasi, nyanyian serta tarian perang oleh anggota penguat kuasa MPS yang penuh bersemangat, mencerminkan tahap disiplin tinggi dan semangat juang dalam menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Ahli Majlis, para pengarah jabatan serta warga kerja MPS.

SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA KE-43 2025

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR

PROGRAM CSR MPS BERSAMA PALM OLEO SDN. BHD SEMPENA HARI ALAM SEKITAR DI SJKC KOTA EMERALD, RAWANG

17 Julai 2025 | SJKC Kota Emerald, Rawang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama strategik Palm Oleo Sdn. Bhd. telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersempena Hari Alam Sekitar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kota Emerald, Rawang.

Program ini merupakan siri ketiga daripada inisiatif CSR yang menyasarkan murid sekolah sebagai kelompok utama dalam mendidik dan memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dijalankan seperti penanaman pokok, aktiviti kitar semula, serta pembuatan sabun dan lilin yang memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal kepada para peserta cilik.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Syukri Bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS; Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai Ahli Majlis MPS Zon 16; Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy, Ahli Majlis MPS Zon 17; Tuan Saharudin Bin Abu Bakar, Ahli Majlis MPS Zon 19; Encik William Ong Eng San, Ketua Pegawai Kewangan Klk Palm Oleo Sdn. Bhd.; Dr Liew Weng Hui, Ketua Tanggungjawab Korporat , Klk Palm Oleo Sdn. Bhd.; Encik Loke Kok Kuen, Guru Besar SJKC Kota Emerald, Rawang; Puan Norliana Binti Basri, Guru Besar SK Seri Kundang serta wakil pentadbiran sekolah. 

Program ini diharap menjadi pencetus semangat kepada generasi muda untuk terus mencintai dan memelihara alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.

PROGRAM CSR DI SJK (C) KOTA EMERALD RAWANG 2025

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA (UIAM) & MPS

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA (UIAM) & MPS

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

17 Julai 2025 | Bilik Anggerik, Menara MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima Lawatan kerja daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai jalinan kerjasama strategik menerusi cadangan pelaksanaan Program Pemindahan Ilmu atau ‘Knowledge Transfer Program (KTP)’ yang dikendalikan oleh Pejabat Jaringan Industri (OIL), UIAM.

Program ini memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan kepakaran akademik UIAM kepada komuniti melalui pendekatan praktikal, latihan, pendidikan komuniti serta penerapan teknologi hijau. Ia dirangka berasaskan keperluan sebenar penduduk dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup serta pembangunan kapasiti masyarakat setempat.

Dalam usaha menjayakan inisiatif ini, perbincangan menyentuh tentang peluang kerjasama dari segi dana, penyediaan data komuniti, pengenalpastian lokasi sasaran serta sokongan logistik dan promosi. Pendekatan bersama ini dijangka akan memberi impak positif yang mampan melalui hubungan erat antara institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa tempatan.

Majlis pertemuan rasmi ini melibatkan kehadiran delegasi UIAM seramai 4 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Razif Mamat, Pengarah Pejabat Jaringan Industri UIAM serta wakil MPS yang diketuai oleh Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Korporat MPS. Turut sama, pegawai-pegawai dari jabatan dalaman MPS.

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UIA DAN MPS 2025

KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL.1-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL.1-2025

KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWAAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BIL.1/2025

16 Julai 2025 |Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah menganjurkan Kursus Asas Sewaan Penyewaan Premis Bil. 1/2025 yang diadakan pada 16 Julai 2025 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong. 

Seramai 73 orang penyewa premis MPS telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Ianya diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci berkaitan tatacara penyewaan premis milik MPS serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek pengurusan sewaan secara menyeluruh. Turut sama, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Sr. Fazlin Mariam Binti Mustafa, Timbalan Pengarah JPPH dan diteruskan dengan sesi taklimat daripada pegawai-pegawai kanan jabatan yang berkaitan. Antara pengisian yang dibentangkan termasuk pengurusan kewangan perniagaan, pelesenan, pengurusan sisa pepejal dan kebersihan premis. Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman daripada penyewa yang berjaya memberi inspirasi dan panduan kepada peserta dalam aspek promosi dan pengurusan perniagaan.

Turut diadakan sesi penyampaian sijil kepada para peserta yang telah melengkapkan kursus. Dengan penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan para penyewa serta menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih tersusun dan berdaya tahan.

MAJLIS JALINAN SINERGI DAN APRESIASI RAKAN STRATEGIK PLATFORM SELANGOR

MAJLIS JALINAN SINERGI DAN APRESIASI RAKAN STRATEGIK PLATFORM SELANGOR

MAJLIS JALINAN SINERGI DAN APRESIASI RAKAN STRATEGIK PLATFORM SELANGOR

15 Julai 2025 | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik PLATS telah dianjurkan oleh Platform Selangor (PLATS) dengan kerjasama Menteri Besar Incorporated (MBI) sebagai tanda penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjalin sinergi dalam memperkukuh ekosistem digital di Negeri Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut hadir mewakili Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ialah YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan merangkap Pegawai Pembangunan Usahawan MPS.

MPS telah menerima plak dan sijil penghargaan daripada pihak PLATS sebagai pengiktirafan atas komitmen dalam memacu inisiatif pendigitalan perniagaan, menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus menyumbang kepada agenda Selangor sebagai Negeri Pintar.

Majlis ini mencerminkan jalinan kerjasama yang erat antara PLATS, kerajaan negeri, agensi berkaitan serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi digital yang inklusif dan mampan.

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI PASAR SELAYANG BARU

14 Julai 2025 | Selayang

Program gotong royong sempena Kempen Kesihatan Persekitaran 2025 telah berlangsung pada 14 Julai 2025 bertempat di Pasar Baru Selayang. 

Kempen ini merupakan sebahagian daripada enam (6) kategori Kempen Kebersihan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). MPS mengambil bahagian dalam empat (4) kategori kempen, iaitu Kempen Tandas Awam Bersih, Kempen Premis Makanan Bersih, Kempen Pasar Awam Bersih dan Kempen Membasmi Infestasi Tikus.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat oleh Encik Muhd Kasri bin Muharddin dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPK) MPS yang menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam memastikan persekitaran pasar kekal bersih, selamat dan sihat untuk semua. Program diteruskan dengan sesi penyerahan perangkap tikus kepada wakil peniaga oleh Tuan Deveandran a/l Selvaraju, Ahli Majlis MPS Zon 7.

Diharapkan agar komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peniaga dalam program gotong-royong ini dapat diteruskan demi memastikan persekitaran Pasar Selayang Baru kekal bersih, selamat dan sihat.

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT MPS 2025

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT MPS 2025

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TAHUN 2025

12 Julai 2025 | Seri Selera MPS Sungai Pusu, Gombak

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Persekitaran Peringkat MPS Tahun 2025 pada 12 Julai 2025 bertempat di Seri Selera MPS Sungai Pusu, Gombak, sebagai langkah menyokong inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2025.

Majlis perasmian yang dihadiri seramai 150 orang peserta ini telah disempurnakan oleh Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia. Turut sama dalam majlis ini, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Ts. Rahayu binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, KPKT; Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan wakil komuniti setempat.

Kempen ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan awam, serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam mencegah penyakit berjangkit dan menjaga alam sekitar. Sebagai simbolik perasmian, majlis turut menyaksikan penyerahan peralatan seperti tong sampah, apron, topi serta alat perangkap tikus kepada wakil-wakil peniaga Seri Selera MPS Sungai Pusu dan Persatuan Pasar Selayang Baru.

Majlis diteruskan dengan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat. MPS berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan penglibatan aktif dalam usaha pencegahan secara berterusan.

PERASMIAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN ANJURAN KPKT 2025