Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

LAWATAN NAZIRAN TERHADAP URUS TADBIR PENGURUSAN PERUNTUKAN JALAN NEGERI (MARRIS) 2024

LAWATAN NAZIRAN TERHADAP URUS TADBIR PENGURUSAN PERUNTUKAN JALAN NEGERI (MARRIS) 2024

LAWATAN NAZIRAN TERHADAP URUS TADBIR PENGURUSAN PERUNTUKAN JALAN NEGERI (MARRIS) TAHUN 2024

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Kejuruteraan dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) telah mengadakan lawatan naziran ke atas urus tadbir pengurusan peruntukan MARRIS Tahun 2024 pada 11 Jun 2025. Lawatan ini melibatkan kawasan di Taman Templer Suasana, Taman Tasik Biru, Kundang dan Kawasan Perindustrian Kampung Jaya.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Amanina binti Jahari, Penolong Pegawai Kewangan Negeri dari Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, PNS, bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai tahap tatakelola dalam pengurusan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri serta memastikan pematuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang menambah baik pengurusan perolehan projek fizikal di bawah pentadbiran MPS agar lebih cekap dan efisien.

Diharapkan dengan usaha ini dapat memenuhi keperluan infrastruktur semasa, khususnya melibatkan jaringan jalan dan sistem perparitan yang lebih efektif dan mampan, demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat.

PROGRAM IBADAH KORBAN MPS 2025

PROGRAM IBADAH KORBAN MPS 2025

PROGRAM IBADAH KORBAN MPS 2025

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Ibadah Korban MPS 1446H/2025M pada 10 Jun 2025 bertempat di perkarangan Menara MPS, Bandar Baru Selayang. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat pengorbanan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga kerja MPS.

Seramai 21 orang kakitangan MPS telah mengambil bahagian dalam ibadah korban dengan melibatkan penyembelihan tiga ekor lembu. Daging korban telah dibungkus kepada 204 plastik dan diagihkan kepada golongan asnaf di bawah kariah Surau Ar Raudhah, Pangsapuri Kos Rendah Dahlia A & B, Bandar Baru Selayang.

Ibadah korban yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pelaksanaan penyembelihan, diikuti proses melapah dan penimbangan daging oleh 90 orang kakitangan MPS. Suasana majlis turut dimeriahkan lagi dengan semangat gotong-royong dalam penyediaan dan penyajian juadah, yang kemudiannya dinikmati bersama oleh seluruh warga kerja MPS selepas selesai pengagihan daging korban.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Mantan Orang Besar Daerah Gombak; Tuan A Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor; Encik Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS; Tuan Megat Mohd Fadhli bin Zakaria, Ahli Majlis Zon 1; Tuan Mazlan bin Musa, Ahli Majlis Zon 3; Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin, Ahli Majlis Zon 9; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis Zon 14; Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis Zon 19; Puan Zuraidah binti Abdul Majid, Ahli Majlis Zon 21; Tuan Ng Kok Chuan, Ahli Majlis Zon 22 serta para pengarah jabatan MPS.

Program ini bukan sahaja mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga MPS, malah menjadi platform penting dalam mempererat hubungan antara pihak pentadbiran dan masyarakat setempat.

OPERASI BERSEPADU DAN SITAAN ZON SELAYANG

OPERASI BERSEPADU DAN SITAAN ZON SELAYANG

OPERASI BERSEPADU DAN SITAAN ZON SELAYANG

10 Jun 2025 | Zon Selayang

Operasi pemeriksaan dan penggredan premis makanan telah dijalankan di kawasan Selayang pada 10 Jun 2025 (Selasa). Sebanyak enam buah premis telah diperiksa oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan pasukan penguat kuasa melibatkan beberapa kategori penilaian termasuk tahap kebersihan premis, keadaan tandas, serta pematuhan terhadap undang-undang kecil berkaitan keselamatan makanan, struktur kekal di kawasan awam tanpa permit dari MPS serta gagal mematuhi syarat-syarat pelesenan, MPS. 

Hasil operasi mendapati tiga premis makanan telah diarahkan tutup serta-merta berikutan pembiakan lipas, lalat dan tikus (LILATI) yang serius. Salah satu premis mencatatkan markah kebersihan serendah 37%, manakala tiga lagi premis dikategorikan dalam Gred C. Pelbagai kesalahan turut dikesan dan sebanyak 17 kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi. Selain itu, tindakan penarikan lesen MPS telah dibuat kerana terdapat pelanggaran syarat ketika pemeriksaan premis dijalankan. Tindakan 4 notis di bawah Seksyen 70(11) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 juga telah di ambil atas kesalahan struktur kekal yang dibina tanpa kebenaran oleh MPS. 

Turut dilakukan dalam operasi ini adalah penyitaan beberapa peralatan memasak seperti tong gas, dapur dan meja milik peniaga yang didapati beroperasi tanpa mematuhi syarat ditetapkan yang mendatangkan kacauganggu awam memandangkan lokasi premis berada di kawasan perumahan. Pemilik premis telah ingkar arahan terhadap Notis Kacauganggu di bawah Sek 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan pada 27 Feb 2025 yang lalu.

MPS mengambil serius isu kebersihan dan pematuhan undang-undang. Pengusaha premis makanan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan, memastikan persekitaran premis bebas daripada haiwan perosak, serta mematuhi semua garis panduan kesihatan demi kesejahteraan pengguna.

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB MPS SIRI 1/2025

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB MPS SIRI 12025

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA E-COB MPS SIRI 1/2025

4 Jun 2025 | Dewan Simfoni, Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah menganjurkan Taklimat Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang Siri 1/2025 yang melibatkan kehadiran seramai 30 orang peserta dari 30 skim strata di bawah pentadbiran MPS.

Peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) JMB/MC, pemilik petak dan pengurus bangunan. Taklimat ini telah disempurnakan oleh Puan Sr Rosmaliza binti Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dan Encik Mohd Ismie bin Ismail, Penolong Pegawai Penilaian, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan berkaitan fungsi serta tanggungjawab JMB dan MC, khususnya melibatkan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). Selain itu, peserta turut didedahkan dengan peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB) panduan permohonan bantuan daripada agensi kerajaan seperti TPPM, LPHS dan MPS seta pemahaman berkenaan penguatkuasaan undang-undang khusunya dalam pengurusan rumah berstrata.

MPS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan komuniti strata yang lebih harmoni dan teratur.

BENGKEL PERBINCANGAN INVENTORI GAS RUMAH KACA (GHG) MPS 2025

BENGKEL PERBINCANGAN INVENTORI GAS RUMAH KACA (GHG) MPS 2025

BENGKEL PERBINCANGAN INVENTORI GAS RUMAH KACA (GHG) MPS 2025

4 Jun 2025 | Mercure Selangor Selayang Hotel

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Bengkel Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi Kajian Inventori Gas Rumah Kaca (GHG) MPS 2024 sebagai inisiatif penting ke arah pembangunan bandar rendah karbon dan mampan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS dan turut dihadiri pengarah jabatan serta pegawai dari MPS.

Sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber utama pelepasan GHG dalam sektor tenaga, pengangkutan dan sisa, mengumpul input serta data daripada pihak berkepentingan dan menyokong perancangan hala tuju pengurangan pelepasan karbon di peringkat MPS.

Bengkel ini turut melibatkan kerjasama perunding serta penyertaan aktif daripada agensi-agensi berkaitan termasuk:

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Jabatan Alam Sekitar (DOE)

Suruhanjaya Tenaga

🔹TNB Selangor & Kuala Lumpur

🔹Indah Water Konsortium

KTM Berhad

🔹Prasarana Malaysia Berhad

🔹Pembekal bahan api (Petronas dan Petron)

MGTC

🔹Kementerian Pedangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Komitmen MPS dalam melaksanakan inventori GHG ini adalah sebahagian daripada usaha mendokong Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KOLAM AIR PANAS SELAYANG

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KOLAM AIR PANAS SELAYANG

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KOLAM AIR PANAS SELAYANG RAIH SAMBUTAN MENGGALAKKAN

31 Julai 2025 | Selayang

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Fotografi bertemakan Warisan dan Keindahan Kolam Air Selayang telah berlangsung dengan jayanya.

Lebih 80 keping gambar telah dihantar kepada pihak penganjur, iaitu JKP Zon 12, JKP Zon 14 dan Pertubuhan Skuad Peka Rawang. Pertandingan ini merupakan cetusan idea Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis MPS Zon 12, bersempena penutupan sementara Kolam Air Panas Selayang bagi tujuan kerja-kerja pembangunan dan menaik taraf yang dijangka bermula pada awal September akan datang.

Senarai pemenang pertandingan Fotografi bertemakan Warisan dan Keindahan Kolam Air Selayang :

Pemenang Utama:

1. Juara – Leong Hui Yuan

2. Naib Juara – Leong Chee Wai

3. Tempat Ketiga – Lee Poh Choo

4. Tempat Keempat – Azril Azam bin Abdul Rahim�

Penerima Hadiah Saguhati (Tempat ke-5 hingga ke-14):

5. Ng Yean Hooi

6. Lo Sook Mun

7. Tan Ee Long

8. Goh Choon Khong

9. Lai Kok Hua

10. Tan Kok Chaon

11. Tan Jing Huei

12. Yong Kam Guan

13. Ng Wei Siang

14. Chow Mun Lam

Pemenang utama telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, diikuti Naib Juara RM800, tempat Ketiga RM500 dan tempat Keempat RM300. Manakala pemenang tempat ke-5 hingga ke-14 masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM100.

Syabas dan tahniah kepada semua para pemenang yang berjaya mencuri perhatian juri dengan hasil foto yang mengagumkan! Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan suasana.

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DALAMAN MPS 2025

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DALAMAN MPS 2025

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DALAMAN MPS 2025

30 Julai 2025 | Dewan Beringin, Seri Gombak

Pasukan Bola Jaring Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Dalaman MPS Tahun 2025 pada 30 Julai 2025 bertempat di Dewan Beringin, Seri Gombak. Pertandingan ini telah disertai oleh lima pasukan melibatkan lebih 50 orang kakitangan wanita MPS.

Penganjuran acara ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan keseimbangan antara kerjaya serta kehidupan (work-life balance) dalam kalangan warga kerja MPS. Di samping itu, pertandingan ini juga menjadi platform bagi memupuk semangat kesukanan, nilai kerjasama dan semangat berpasukan antara kakitangan MPS.

Pasukan Tuah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150. Penyerahan mock-up cheque kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan merangkap Pengurus Pasukan Bola Jaring MPS.

Pertandingan ini turut mencapai objektif utama penganjuran apabila beberapa pemain telah dikenalpasti berpotensi untuk mewakili MPS dalam temasya Sukan Badan-Badan Berkanun (SUKANUN) 2025 yang akan berlangsung pada 7 hingga 14 September 2025 di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang pertandingan. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, MPS berhasrat untuk meneruskan penganjuran acara seumpama ini pada masa akan datang.

MESYUARAT YANG DIPERTUA MPS BERSAMA (ADN) DAN AHLI PARLIMEN BIL.2-2025

MESYUARAT YANG DIPERTUA MPS BERSAMA (ADN) DAN AHLI PARLIMEN BIL.2-2025

MESYUARAT YANG DIPERTUA MPS BERSAMA AHLI DEWAN NEGERI (ADN) DAN AHLI PARLIMEN BIL.2/2025 

Mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan pada 30 Julai 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Mesyuarat ini bertujuan menjadi medium komunikasi dua hala antara MPS dan para wakil rakyat Parlimen serta Dewan Negeri. Ia membuka ruang perbincangan secara langsung berkenaan isu-isu semasa, cabaran setempat, serta cadangan penyelesaian yang konstruktif. Di samping itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk menyelaras agenda pembangunan, memperkukuh kerjasama rentas agensi, serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang sejajar dengan keperluan dan aspirasi penduduk di kawasan pentadbiran MPS.

Menyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, YDP MPS. Turut hadir adalah YB Tuan Chua Wei Kiat, ADN Rawang; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; YB Puan Anfaal binti Saari, ADN Taman Templer; wakil-wakil Parlimen dan DUN, pengarah-pengarah jabatan MPS serta wakil jabatan.

MESYUARAT MAJLIS BIL. 7-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 7-2025

MESYUARAT MAJLIS BIL. 7/2025

28 Julai 2025 | Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS

Mesyuarat Majlis Bil.7/25 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung pada 28 Julai 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis Ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah berkongsi pencapaian sepanjang bulan Julai 2025 dan menzahirkan rasa bangga beliau atas kejayaan MPS untuk bulan ini.

Di samping itu, Tuan YDP turut mengingatkan bahawa susulan pelaksanaan penilaian semula cukai taksiran, perkhidmatan MPS harus dipertingkatkan bagi memastikan nilai yang dibayar sejajar dengan kualiti perkhidmatan yang diterima. Selaras dengan itu, semua jabatan harus terus proaktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan memberi manfaat kepada masyarakat Selayang.

Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan dan pihak media.

MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 7 TAHUN 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2025

28 Julai 2025 | Lobi Menara MPS

Majlis Perhimpunan Bulan Julai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah berlangsung pada 28 Julai 2025 bertempat di Lobi, Menara MPS.

Acara dimulakan dengan gimik perasmian Kejohanan _Fantasy Premier League_ Piala Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang diiringi Encik Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Naib Presiden 1 KSDK.

Selain itu, beberapa penyampaian anugerah dan penghargaan turut diadakan, antaranya:

- Penyampaian Anugerah ‘Reward YDP’

- Penyampaian sijil ISMS ISO/IEC 27001:2022 hasil audit pemantauan kedua oleh pihak SIRIM

- Penyampaian hadiah kepada atlet MPS yang mengharumkan nama dalam Kejohanan _Indoor Games_ MAKSAK Malaysia 2025 dan Kejohanan Paintball MBPP Mayors Asia Cup 2025

- Sijil penghargaan kepada Zon EKSA yang terlibat dalm sesi Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Bahagian Audit Dalam Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

- Penyampaian sijil dan plak penghargaan sebagai Rakan Strategik Platform Selangor (PLATS)

- Penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz Kahoot.

Majlis diakhiri dengan persembahan penuh bersemangat daripada skuad Ultras JPPH All Stars, yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Turut sama dalam Majlis Perhimpunan ini, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan kakitangan MPS.

PERHIMPUNAN BULANAN JULAI HOS JPPH 2025