Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

PAWE SUNGAI TUA KINI TELAH BEROPERASI

PAWE SUNGAI TUA KINI TELAH BEROPERASI

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua secara rasminya memulakan operasinya pada 16 Jun 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan sambutan menggalakkan dimana seramai 68 orang warga emas telah hadir 

menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Antara pengisian program termasuk senaman Chairobic, iaitu senaman ringan yang dilakukan dalam keadaan duduk dan sesuai untuk membantu warga emas mengekalkan tahap kecergasan secara selamat dan menyeronokkan.

Turut diadakan ialah sesi interaktif “Kenali Diri”, di mana setiap peserta mengisi borang soal selidik ringkas bagi mengenal pasti minat, kecenderungan dan kesukaan masing-masing. Melalui aktiviti ini ianya turut membantu pihak pengurusan PAWE untuk merancang aktiviti yang lebih bersesuaian untuk ahli PAWE.

Majlis Perbandaran Selayang mengalu-alukan penyertaan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk menjadi ahli PAWE Sungai Tua. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: https://rb.gy/46wu3e atau hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS di talian 011-6222 2374 untuk maklumat lanjut.

BENGKEL PEMANTAPAN ANTIRASUAH MEMPERKUKUHKAN NILAI & TATAKELOLA MPS

BENGKEL PEMANTAPAN ANTIRASUAH MEMPERKUKUHKAN NILAI & TATAKELOLA MPS

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Antirasuah dan Tatakelola bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Seramai 90 kakitangan MPS telah menyertai bengkel ini yang memberi fokus kepada pengukuhan nilai integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah. Bengkel ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA), selaras dengan hasrat kerajaan melalui Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021.

Sepanjang bengkel, peserta turut menjalani aktiviti simulasi lakonan berdasarkan situasi dilema etika sebenar sebagai pendekatan pembelajaran interaktif bagi memperkukuh kefahaman berkaitan pengurusan risiko integriti di tempat kerja.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut sama, pengarah jabatan dalaman sebagai tanda sokongan terhadap usaha membudayakan integriti dalam MPS

BENGKEL PELAN PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG MS ISO 90012015 MPS

BENGKEL PELAN PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG MS ISO 90012015 MPS

Bengkel Pelan Pengurusan Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015 Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 16-17 Jun 2025 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson yang dihadiri oleh 30 orang Penyelaras Risiko Jabatan daripada jabatan dalaman MPS. Bengkel anjuran bersama Jabatan Korporat dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015 MPS ini telah diketuai oleh Puan Zulaina Binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Perlesenan merangkap Ketua Pengurusan Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015 MPS. 

Tujuan utama pelaksanaan bengkel untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah-kaedah berkesan dalam mengenalpasti kawalan pengurusan risiko, selain semakan bersama Jadual Risiko dan Peluang hasil teguran Audit SIRIM yang lalu. Bengkel ini turut merangkumi aktiviti pengukuhan kerjasama berpasukan yang dirangka khusus bagi meningkatkan semangat kolaborasi, komunikasi berkesan, dan persefahaman dalam kalangan penyelaras risiko jabatan.

Selain itu, satu lawatan lawatan turut diadakan ke Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk tujuan perkongsian dan permbelajaran berkaitan 'climate change' selaras dengan keperluan klausa 4.1 dan 4.2 , Isu Luaran, Pihak Berkepentingan dan Penetapan Risiko. Terima Kasih diucapkan kepada MPPD yang diwakili oleh Tuan TPr.Ahmad Hashim bin Bakar, Ketua Risiko ISO 9001:2015 merangkap Pengarah Perancang Bandar yang telah menyantuni deligasi MPS pada lawatan tersebut.

PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK ANJURAN MPS

PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK ANJURAN MPS

PROGRAM CSR PENANAMAN POKOK ANJURAN MPS

14 Jun 2025 | Bukit Rahman Putra

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penanaman Pokok di rizab jalan anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Daikin Malaysia, I-Green Landscape Sdn Bhd dan Pro T Sdn Bhd telah diadakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Jalan BRP 7, Bukit Rahman Putra, Selangor Darul Ehsan.

Sebanyak 1,400 pokok renek ditanam pada program ini dengan penyertaan 110 sukarelawan, termasuk 40 orang dari MPS, 30 orang dari Daikin Malaysia, 30 orang dari I-Green Landscape Sdn Bhd dan Pro T Sdn Bhd, serta 10 orang dari JKP Zon 22.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak. Yang Dihormatkan Dato’ OBD dalam ucapan beliau menyatakan ucapan tahniah kepada semua atas usaha menyokong ke arah pembangunan bandar yang mampan, selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar, peningkatan kualiti hidup, dan penglibatan masyarakat.

Turut hadir dalam program ini, Tuan Tan Yong Cheem, Penasihat Lembaga Pengarah, Daikin Malaysia; Puan Ho Much Jia, Naib Presiden, Daikin Malaysia; Encik Lim Fuang Yoong, Pengarah Urusan, I Green Landscape Sdn Bhd.; Puan Siti Sofiah binti Karim Bux, Pengurus Projek, Pro T Sdn. Bhd.; Tuan Ng Kok Chuan, Ahli Majlis Zon 22 serta barisan Ahli Majlis MPS dan pengarah jabatan MPS.

PROGRAM TANAM POKOK CSR RIZAB JALAN BERSAMA DAIKIN 2025

MAJLIS APRESIASI PENDERMA DARAH SEDUNIA & JUBLI PERAK PDN 2025

MAJLIS APRESIASI PENDERMA DARAH SEDUNIA & JUBLI PERAK PDN 2025

MAJLIS APRESIASI PENDERMA DARAH SEDUNIA & JUBLI PERAK PDN 2025

14 Jun 2025 | Kuala Lumpur 

ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Penganjur Kempen Derma Darah di Majlis Apresiasi Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan serta Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara (PDN) 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

Penganugerahan yang diterima oleh ANULAE Cawangan MPS dalam majlis ini adalah bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang konsisten menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama PDN. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, telah hadir dan menerima anugerah ini yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan. 

Turut hadir ke majlis ini Encik Syed Mohamad Nor Putera bin Said Abdul Talib, Setiausaha ANULAE Cawangan MPS.

Untuk makluman, Kempen Derma Darah Anjuran Bersama ANULAE Cawangan MPS dan PDN dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan sejak tahun 2016 iaitu pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun.

EDARAN BAKUL MAKANAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

EDARAN BAKUL MAKANAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

EDARAN BAKUL MAKANAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

14 Jun 2025 | Kangar, Perlis

Sebagai tanda prihatin terhadap golongan memerlukan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selaku Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Masyarakat melalui Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah menyerahkan 36 unit Bakul Makanan kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Penyerahan 36 unit Bakul Makanan ini adalah sumbangan daripada 36 agensi di bawah PBBM yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Treasure Hunts PBBM 2025 yang berlangsung dari Pulau Pinang ke Perlis. Sesi penyerahan Bakul Makanan ini telah disempurnakan oleh Tuan TPr Affendei bin Samingan; Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Tuan Mohamad Fairol Saliken; Ketua Pegawai Eksekutif PBBM setelah acara kejohanan ini tamat.

36 unit Bakul Makanan yang telah disumbangkan ini akan diedarkan kepada golongan yang memerlukan di bawah pentadbiran MPK.

MPS berharap inisiatif ini dapat memupuk semangat keprihatinan serta budaya saling bantu-membantu dalam kalangan ahli-ahli PBBM, khususnya terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 13 Jun 2025 (Jumaat) bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, dengan penglibatan 14 jabatan dalaman serta satu agensi luar, Suasa Efektif Sdn. Bhd.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MPS dalam memperkukuh komunikasi bersama penduduk. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pertanyaan dan aduan secara langsung kepada pegawai jabatan berkaitan, termasuk mendapatkan penjelasan terus mengenai isu-isu perbandaran.

Sebanyak 43 aduan dan pertanyaan telah diterima sepanjang program berlangsung. Antara Isu yang dikemukakan termasuk isu berkaitan kompaun, aduan kejiranan, masalah anjing liar, isu berkaitan infrastruktur serta pertanyaan mengenai proses kebenaran merancang.

Program ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sebagai saluran perkhidmatan bersemuka yang lebih telus dan mesra rakyat.

Orang awam yang tidak berkesempatan hadir boleh menyalurkan aduan atau cadangan secara dalam talian melalui portal SPAB di https://mps.spab.gov.my atau menerusi platform media sosial rasmi MPS.

HARI BERTEMU PELANGGAN BULAN JUN 2025

KUNJUNGAN HORMAT SANTUNI AHLI PBBM KUMPULAN B40

KUNJUNGAN HORMAT SANTUNI AHLI PBBM KUMPULAN B40

KUNJUNGAN HORMAT SANTUNI AHLI PBBM KUMPULAN B40

13 Jun 2025 | Bayan Lepas, Pulau Pinang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selaku Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Masyarakat melalui Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) telah mengadakan kunjungan hormat di Ibu Pejabat, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai tanda komitmen dan peranan MPS menyantuni ahli-ahli di bawah PBBM. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Mohamad Fairol bin Saliken, Ketua Pengawai Eksekutif PBBM dan disambut oleh Encik Zulkifli bin Ismail, Pengurus Bahagian Koporat dan Komunikasi PDC.

Menerusi lawatan ini, dua kakitangan daripada kumpulan B40 yang dipilih oleh pengurusan PDC telah menerima sumbangan kebajikan berupa Bakul Makanan. Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan dari segi kebajikan bagi ahli-ahli di bawah PBBM.

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA DAERAH GOMBAK 2025

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA DAERAH GOMBAK 2025

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA DAERAH GOMBAK 2025

11 Jun 2025 | Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK), telah bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak selaku penganjur utama bagi menjayakan Program Keluarga Bahagia Peringkat Daerah Gombak 1446H/2025M yang telah berlangsung pada 11 Jun 2025 di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Program yang berbentuk forum dan ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat berkaitan perundangan nikah, cerai dan rujuk di Negeri Selangor. Selain itu, peserta turut diberikan pengisian berkaitan tanggungjawab suami isteri, aspek kekeluargaan serta komunikasi dalam rumah tangga, khususnya dari sudut emotional quotient (EQ).

Para peserta juga didedahkan dengan proses dan persoalan yang sering timbul berkaitan permohonan perkahwinan, pendaftaran perceraian serta isu-isu rujuk, yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya penduduk di Daerah Gombak.

Seramai 200 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, penduduk setempat, pelajar institusi pengajian tinggi, serta orang awam di sekitar daerah Gombak.

Turut sama, Ahli Jawatankuasa KSDK MPS serta kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Selain menjadi platform penyebaran ilmu kekeluargaan, program ini juga berperanan memperkukuhkan hubungan kerja dan silaturahim antara komuniti setempat.

OPERASI BANTERAS PENJAJA HARAM DAN PREMIS WARGA ASING DI RAWANG

OPERASI BANTERAS PENJAJA HARAM DAN PREMIS WARGA ASING DI RAWANG

OPERASI BANTERAS PENJAJA HARAM DAN PREMIS WARGA ASING DI RAWANG

RAWANG | 11 Jun 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan membanteras aktiviti penjajaan dan premis perniagaan oleh warga asing secara haram pada 11 Jun 2025 di sekitar Jalan Pekan Rawang dan Pusat Bandar Baru Rawang.

Operasi yang berlangsung dari jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam ini melibatkan kekuatan seramai 18 orang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS dan jabatan dalaman MPS. 

Sebanyak tujuh tindakan sitaan dilaksanakan dan tiga kompaun telah dikeluarkan terhadap penjaja dan pengusaha premis dikawasan tersebut melibatkan penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan atas petak parkir serta kawasan awam tanpa permit yang sah dan juga sebuah restoran yang dikendalikan oleh warga asing atas kesalahan menjual minuman keras tanpa lesen

Antara sitaan yang dilakukan oleh MPS adalah tiga unit khemah bersaiz 10x10 kaki, 11 unit meja, 48 unit kerusi, dua unit tong hitam, tiga unit tong gas serta 24 botol, lima kotak dan 20 tin minuman keras pelbagai jenama. Kesemua tindakan dibuat dibawah UUK 3 Undang-Undang Kecil Penjaja, UUK Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian dan Seksyen 46(1) d Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kawasan pentadbiran MPS terpelihara daripada aktiviti penjajaan haram serta premis yang beroperasi tanpa kelulusan. MPS ingin turut mengingatkan para peniaga agar sentiasa memastikan operasi perniagaan mereka tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada masyarakat setempat serta mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan.