2026
IT072026
INTEGRITI072026
COB072026
BANGUNAN072026
AUDIT DALAM072026
KARNIVAL SUKAN PANTAI PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA (SUPANUN) 2026 UPDATE
UPDATE:
Pasukan MPS telah melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir dalam acara Bola Sepak Pantai setelah menewaskan Pasukan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan keputusan 3-1 di Peringkat Suku Akhir.
MPS akan bertemu dengan Pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Peringkat Separuh Akhir esok.
Ayuh MPS..!!!
KARNIVAL SUKAN PANTAI PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA (SUPANUN) 2026
MPS sedang menyertai Karnival Sukan Pantai SUPANUN 2026 dalam acara Bola Sepak Pantai yang diadakan di Pusat Rekreasi Balok, Kuantan yang berlangsung dari 20 - 23 Mei 2026.
Keputusan semasa adalah Pasukan MPS telah melayakkan diri ke Peringkat Suku Akhir setelah menewaskan Pasukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan keputusan 2-1.
MPS akan bertemu dengan Pasukan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada Peringkat Suku Akhir petang ini.
Ayuh MPS..!!!
SESI LIBAT URUS BERSAMA PENYEWA PASAR MPS BANDAR BARU RAWANG SIRI 1
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penyewa Pasar MPS Bandar Baru Rawang sebagai platform komunikasi dua hala bagi memperkukuh hubungan serta merapatkan kerjasama antara pihak MPS dan para penyewa pasar.
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung pelbagai isu, aduan, cadangan serta keperluan penyewa melalui sesi dialog dan perbincangan bersama. Inisiatif ini sekali gus membantu MPS menambah baik penyampaian perkhidmatan serta melaksanakan tindakan susulan yang lebih efektif demi keselesaan dan kesejahteraan para penyewa.
Sesi libat urus tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzman, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Turut hadir YBrs. Tuan Ananthan a/l Raman@Ramaya, Ahli Majlis MPS Zon 15, pegawai - pegawai MPS serta para penyewa Pasar MPS Bandar Baru Rawang.
Kehadiran serta penglibatan aktif sebahagian penyewa pasar yang dijemput dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh hubungan kerjasama yang lebih erat, harmoni dan berkesan antara MPS dan komuniti penyewa pasar.