Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

TAHNIAH PASUKAN MPS RAIH TEMPAT KE-3 BOLA SEPAK PANTAI SUPANUN 2026

TAHNIAH PASUKAN MPS RAIH TEMPAT KE-3 BOLA SEPAK PANTAI SUPANUN 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Pantai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjaya meraih tempat ketiga dalam acara Bola Sepak Pantai di Karnival Sukan Pantai Badan Berkanun Malaysia (SUPANUN)Tahun 2026.

Majlis Penutup Karnival SUPANUN Tahun 2026 telah berlangsung di Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Kuantan, Pahang dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zaliza bin Zulkipli, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan. Turut hadir mewakili MPS ke majlis penutup tersebut ialah YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen MPS atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama MPS pada kejohanan akan datang.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM FIT-CANVAS BMI EXPLORATION RUN 2026

PROGRAM FIT-CANVAS BMI EXPLORATION RUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Bachelor Of Education Student Society (BESS) UIAM telah menganjurkan Program Fit-Canvas: BMI Exploration Run 2026 yang berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar serta masyarakat setempat.

Program tersebut telah diadakan bertempat di Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pelbagai pengisian menarik berteraskan kesihatan dan kecergasan.

Selain aktiviti larian, program turut diserikan dengan sesi pemeriksaan kesihatan dan aktiviti kesedaran BMI bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan pelajar dan belia.

Program seumpama ini diharap dapat terus memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan di samping menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

CERAMAH AMBANG AIDILADHA MPS TAHUN 2026

CERAMAH AMBANG AIDILADHA MPS TAHUN 2026

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Ceramah Ambang Aidiladha bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini diadakan bersempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Ceramah bertajuk “Korban dan Integriti : Bila Amanah Menjadi Ibadah” telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail dan dihadiri seramai 350 orang kakitangan MPS.

Antara intipati ceramah adalah penekanan terhadap kepentingan menjaga amanah dengan penuh integriti agar setiap pengorbanan terhadap kerja akan menjadi ibadah kepada Allah S.W.T

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; serta Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS.

Semoga penganjuran ceramah ini memberi manfaat kepada seluruh warga MPS, seterusnya menjadi peringatan untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amanah yang diberi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MPS

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Kulai yang terdiri daripada 40 orang dan diketuai oleh YBrs. Tuan Ts. Haji Azmee bin Awang, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai. Kehadiran delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.

Kunjungan ini diadakan bagi tujuan perkongsian maklumat serta mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik Pengurusan Taman Industri Terurus (Managed Industrial Park) yang dilaksanakan di kawasan MPS. Lawatan ini turut menjadi platform bagi mengukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pengurusan dan pembangunan pihak berkuasa tempatan.

Sesi penerangan turut disampaikan oleh Encik Mui’zzuddin bin Selamat, wakil Jabatan Perancang Bandar

dan Tuan LAr. Hyril Azim bin Baharudin, Pengurus Besar Pembangunan Tanah & Industri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan pembangunan dan pengurusan kawasan industri terurus.

Turut hadir, YBrs. Puan Suhaila binti Abd. Hamid, Penasihat Undang-Undang MPS; YBrs. Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzman, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; YBrs. Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat serta pegawai-pegawai MPS.

Diharapkan kunjungan ini dapat membuka ruang kepada pertukaran idea, perkongsian pengalaman serta hubungan yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

BENGKEL INTENSIF AUDIT DALAM JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN MPS 2026

BENGKEL INTENSIF AUDIT DALAM JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN MPS 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Bengkel Intensif Audit Dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPS Tahun 2026: Memperkasa Kompetensi dan Tadbir Urus sebagai usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan audit dalaman ke arah tadbir urus organisasi yang lebih cekap, sistematik dan berintegriti.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud selaku Penolong Setiausaha MPS. Di dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan budaya kerja berkualiti, pematuhan terhadap prosedur serta komitmen berterusan dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan organisasi.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Mohd Daud, Perunding daripada Intellect Momentum Training & Consulting Sdn. Bhd. yang berkongsi kepakaran, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan audit dalaman dan penambahbaikan berterusan dalam organisasi. 

Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform pembangunan ilmu dan pengukuhan kemahiran bagi memperkasakan budaya kerja cemerlang serta menyokong aspirasi MPS ke arah tadbir urus yang mampan dan berprestasi tinggi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA SIRI 22026 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA SIRI 22026 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Seminar Kehidupan Strata Sejahtera Siri 2/2026 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong dengan penglibatan 25 skim badan pengurusan (JMB/MC) sekitar kawasan pentadbiran MPS.

Seminar ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPS iaitu Puan Nooraimi Hani binti Ahmad Suhaimi (Zon 5), Puan Ruhanah binti Masruki (Zon 4) dan Puan Siti Noor Suhaida binti Mohd Sufiee (Zon 9).

Pelbagai pengisian dan perkongsian telah disampaikan oleh penceramah daripada Jabatan COB, Jabatan Bangunan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPK) berkaitan pengurusan strata yang lebih sistematik, selamat dan berkesan.

Antara topik yang dibincangkan termasuk tatacara pelaksanaan Mesyuarat AGM/EGM, saluran aduan serta tindakan dan respon pihak berkuasa tempatan (PBT), aspek keselamatan bangunan, pematuhan undang-undang bangunan, pengurusan sisa pepejal, kawalan anjing berlesen serta tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan lazim di kawasan strata.

Penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran badan pengurusan strata dalam melaksanakan tanggungjawab secara lebih efisien di samping memperkukuhkan kerjasama antara JMB/MC dan PBT demi mewujudkan persekitaran komuniti strata yang lebih sejahtera, bersih dan selamat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama