Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Majlis Lambaian Kasih Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman

Majlis Lambaian Kasih Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Timbalan Yang Dipertua MPS telah diadakan pada 9 Januari 2023 bertempat di Lobi Menara MPS. MPS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau yang ditukarkan ke Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai Timbalan Datuk Bandaraya. MPS turut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus sukses di tempat baharu.

Turut sama meraikan ialah Dato' Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS; Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPS; Ahli-ahli Majlis, para pengarah dan warga MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor

Kalender Tahun Baru 2023

Terima kasih diucapkan kepada ANULAE cawangan MPS atas kesudian menyumbangkan kalender tahun baru 2023 kepada semua kakitangan MPS pada hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE cawangan MPS kepada wakil kakitangan setiap jabatan. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitajagakita
#kitaselangor

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

MPS telah membuka tirai 2023 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 5 Januari 2022 bertempat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Majlis telah disertai oleh pihak pengurusan MPS bersama-sama para Penyelaras DUN, Ahli-ahli majlis, wakil komuniti, wakil-wakil jabatan dan agensi Gombak serta para kariah masjid. Turut hadir sama adalah mantan Yang Dipertua  MPS iaitu Dato' Haji Bakarudin bin Othman. 

Acara telah dimulakan dengan Solat Maghrib dan diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Abd Rahman bin Zainal Abidin, Imam Masjid Jamek Al-Amaniah. Selepas bacaan Yasin dan doa selamat telah diadakan penyampaian sumbangan oleh MPS kepada pihak Masjid Jamek Al-Amaniah dan Pusat Tahfiz Ad-Diniyyah. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan makan. 

#selayangkusayang
#mpsmakmursejahterabersama
#KitaSelangor

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA TAHUN BAHARU 2023

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis MPS Tahun 2023

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis MPS Tahun 2023 telah diadakan pada 3 Januari 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Seramai 22 Ahli Majlis telah dilantik bagi memikul amanah sebagai Ahli Majlis MPS untuk tahun 2023. Lantikan kali ini menyaksikan 20 Ahli Majlis sesi sebelum ini dilantik semula dan 2 Ahli Majlis merupakan lantikan baharu.

Semoga Ahli-ahli Majlis dapat menjadi jabatan penghubung antara MPS dengan rakyat dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh pentadbiran Selayang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#kitaselangor