Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

MPS telah membuka tirai 2023 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 5 Januari 2022 bertempat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Majlis telah disertai oleh pihak pengurusan MPS bersama-sama para Penyelaras DUN, Ahli-ahli majlis, wakil komuniti, wakil-wakil jabatan dan agensi Gombak serta para kariah masjid. Turut hadir sama adalah mantan Yang Dipertua  MPS iaitu Dato' Haji Bakarudin bin Othman. 

Acara telah dimulakan dengan Solat Maghrib dan diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Abd Rahman bin Zainal Abidin, Imam Masjid Jamek Al-Amaniah. Selepas bacaan Yasin dan doa selamat telah diadakan penyampaian sumbangan oleh MPS kepada pihak Masjid Jamek Al-Amaniah dan Pusat Tahfiz Ad-Diniyyah. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan makan. 

#selayangkusayang
#mpsmakmursejahterabersama
#KitaSelangor

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA TAHUN BAHARU 2023