Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Mini Karnival Jom Kerja

MINI KARNIVAL PELUANG PEKERJAAN

MPS bersama PERKESO WPKL telah menganjurkan Mini Karnival Jom Kerja pada 17 Jun 2023 bertempat di Lobi Menara MPS. Seramai 11 majikan telah terlibat dan lebih 1,000 kekosongan jawatan telah ditawarkan pada program ini.

Pada mini karnival ini, peserta telah menjalani temuduga selain mendapat maklumat dari pihak PERKESO berkaitan panduan kerjaya, bantuan penyediaan resume dan kaunseling kerjaya. 

Lebih 500 peserta telah hadir ke mini karnival yang tamat pada jam 4.30 petang. 

Hadir sama Tuan Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Tuan U Chin Ong, Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli-Ahli Majlis MPS; dan TPr Affendei bin Samingan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

MINI KARNIVAL PELUANG PEKERJAAN 2023

Trek Rides Gombak

Trek Rides Gombak

Penduduk di sekitar Perbandaran Selayang kini dapat menikmati satu lagi kemudahan awam iaitu perkhidmatan e-panggilan Trek Rides Gombak yang merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu jaringan pengangkutan antara lokasi ke lokasi lain (first mile last mile). 

Perkhidmatan yang berteraskan konsep demand-responsive transit menggunakan mikrovan ini mempunyai 71 lokasi pick-up dan drop-off di seluruh kawasan Perbandaran Selayang.  Trek Rides Gombak juga menawarkan perkhidmatan secara percuma melalui tempahan di Trek App selama 3 bulan bermula 12 Jun 2023.  

Majlis Pelancaran Trek Rides Gombak telah berlangsung pada 12 Jun 2023 bertempat di Dewan MPKK Kampung Wira Damai, Batu Caves dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dengan disaksikan oleh YB Tuan Nge Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut berkesempatan merasmikan Dewan MPKK Kampung Wira Damai, Batu Caves dan menyerahkan sumbangan kewangan oleh pihak MBI kepada pihak MPKK DUN Sungai Tua.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Trek Rides Gombak 2023

Program Penyusunan Penjaja Dan Jualan Kupon Permit

Program Penyusunan Penjaja Dan Jualan Kupon Permit

Program Penyusunan Penjaja dan Jualan Kupon Permit melibatkan Tapak Penjaja Harian Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri telah diadakan pada 30 Mei 2023 bertempat di Dewan Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.

YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang telah meluangkan masa hadir ke program ini bersama-sama YB Tuan Sallehudin bin Amirudin, ADUN Kuang, Ahli-Ahli Majlis, wakil Penyelaras DUN Kuang, pengarah-pengarah dan wakil jabatan MPS.

Antara pengisian program adalah taklimat Penyusunan Penjaja dan permit Individu dan Taklimat Kutipan Sampah oleh wakil pengurusan MPS kepada 77 peniaga yang hadir.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan penerangan kepada para penjaja yang terlibat berkenaan penyusunan penjaja harian, pengeluaran permit secara kupon permit meja lipat dan syarat-syarat permit penjaja yang perlu dipatuhi.

Menerusi program ini, MPS telah mengeluarkan 69 permit dengan jumlah kutipan yang diperolehi sebanyak RM 13,048.00.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Program Penyusunan Penjaja Dan Jualan Kupon Permit 2023

Program Kitar Semula Minyak Masak MPS

Program Kitar Semula Minyak Masak MPS

Majlis Perbandaran Selayang telah berjaya mengumpul sebanyak 381 kilogram minyak masak terpakai melibatkan 135 penyertaan melalui Program Kitar Semula Minyak Masak MPS bersempena sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat yang diadakan selama 2 hari pada 24 dan 25 Mei 2023. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 246% dari jumlah kutipan yang diperolehi pada tahun 2022 iaitu sebanyak 110kg.
 
Kutipan ini seterusnya dijual semula kepada syarikat pemprosesan untuk dijadikan bahan bio-diesel selain digunakan untuk penghasilan lilin dan dijadikan sebagai cenderahati korporat.
 
MPS ingin menyeru masyarakat untuk membudayakan amalan kitar semula dan menjaga kebersihan persekitaran bagi menjamin kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Program Kitar Semula Minyak Masak MPS 2023

Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS 2023

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI WARGA KERJA MPS 2023

Senyuman dan kemesraan bertambah erat dapat dilihat pada malam Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS 2023 yang disambut meriah pada 19 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H bertempat di Pekarangan Menara MPS. Kehadiran kakitangan MPS bersama-sama ahli keluarga juga semakin menggamatkan suasana kemeriahan pada malam itu.

Menariknya pada tahun ini, MPS menyajikan sebanyak 15 juadah istimewa yang dikendalikan sendiri oleh kakitangan-kakitangan dari setiap jabatan di MPS. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada semua gerai hidangan, pertandingan OOTD Raya kategori keluarga, King dan Queen serta hadiah cabutan bertuah. Suasana majlis turut digamatkan dengan persembahan nyanyian oleh Kumpulan D’Xoras serta persembahan khas daripada Ady WOW dan Shafie Rio. 

Hadir sama ke majlis ini YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor; YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor termasuk Pegawai Kanan Pentadbiran Negeri Selangor, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, YDP PBT Selangor, wakil daripada agensi Daerah Gombak serta barisan Ahli Majlis MPS. 

Sekalung penghargaan dan terima kasih semua yang hadir meraikan sambutan Majlis Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS 2023. Semoga hubungan kekeluargaan terbina lebih kukuh, hidup sejahtera dan kemakmuran dinikmati bersama.

@selangorkini
@amirudinshari
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI WARGA KERJA MPS 2023

Dato’ Menteri Besar Selangor Di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS Tahun 2023

Dato’ Menteri Besar Selangor Di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS Tahun 2023

Merah menyala baju berseri,
Sungguh cantik dipakai sehari,
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.

MPS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama-sama YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas kesudian memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS Tahun 2023. 

Walau dalam kesibukan jadual yang padat, YAB Dato' Seri turut berkesempatan menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan MPS di majlis rumah terbuka yang penuh dengan keriangan ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Dato’ Menteri Besar Selangor Di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Kerja MPS Tahun 2023

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah

Sebagai tanda komitmen MPS dalam usaha membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, satu Program Taklimat dan Dialog Antirasuah dalam Perolehan Kerajaan dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Kontraktor Lantikan MPS bersama SPRM Negeri Selangor telah diadakan pada 23 Mei 2023 bertempat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak. 

Taklimat dan Sesi Dialog Antirasuah yang bertajuk “Perangi Rasuah, Tanggungjawab Bersama” ini telah disampaikan oleh Tuan PKPj. Ridzuan bin Abd Malek, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor. Seramai 150 orang wakil kontraktor lantikan MPS telah menghadiri program yang julung-julung kali diadakan ini.

Di akhir program, telah diadakan Sesi Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Kontraktor lantikan MPS yang diketuai oleh Tuan Lt. Kol. (B) Azwan bin Maat, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Daerah Gombak. Acara disusuli dengan sesi tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah disempurnakan oleh Tuan Lt. Kol. (B) Azwan bin Maat dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor bersama-sama Tuan PKPj. Ridzuan bin Abd Malek; Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. 

MPS berharap program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada para peserta selain menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah 2023

Tahniah Tuan YDP

Tahniah Tuan YDP

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 16 Mei 2023 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. 

Ingatan ikhlas daripada Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Perbandaran Selayang. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Tahniah Tuan YDP 2023

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri

RUMAH TERBUKA RAYA MALAYSIA MADANI

Sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 35 ribu orang di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri pada 14 Mei 2023. 

Majlis yang penuh dengan kemeriahan ini telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Rumah Terbuka anjuran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ini turut dihadiri oleh barisan menteri kabinet, pimpinan negeri, ketua-ketua jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta. 

Sebanyak 29 buah gerai dengan kerjasama 22 agensi daerah Gombak telah menghidangkan 42 jenis menu seperti sate, kambing golek, dimsum dan sebagainya buat para pengunjung di majlis ini. Selain itu, majlis turut diserikan oleh persembahan istimewa oleh Dato’ M.Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Yasin.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

RUMAH TERBUKA RAYA MALAYSIA MADANI 2023