Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah

Sebagai tanda komitmen MPS dalam usaha membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, satu Program Taklimat dan Dialog Antirasuah dalam Perolehan Kerajaan dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Kontraktor Lantikan MPS bersama SPRM Negeri Selangor telah diadakan pada 23 Mei 2023 bertempat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak. 

Taklimat dan Sesi Dialog Antirasuah yang bertajuk “Perangi Rasuah, Tanggungjawab Bersama” ini telah disampaikan oleh Tuan PKPj. Ridzuan bin Abd Malek, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor. Seramai 150 orang wakil kontraktor lantikan MPS telah menghadiri program yang julung-julung kali diadakan ini.

Di akhir program, telah diadakan Sesi Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Kontraktor lantikan MPS yang diketuai oleh Tuan Lt. Kol. (B) Azwan bin Maat, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Daerah Gombak. Acara disusuli dengan sesi tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah disempurnakan oleh Tuan Lt. Kol. (B) Azwan bin Maat dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor bersama-sama Tuan PKPj. Ridzuan bin Abd Malek; Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. 

MPS berharap program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada para peserta selain menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah 2023