Terima kasih kepada semua warga MPS yang telah menyertai dan menyokong program “Jom Baca Bersama 10 Minit” yang diadakan serentak di seluruh negara pada 23 April 2024, Selasa pada jam 11:00 pagi hingga 11:10 pagi.
Semoga program ini dapat mempertingkatkan budaya membaca ke arah membentuk masyarakat yang minat membaca.
Luangkan masa membaca tidak kira di mana anda berada!
Majlis Ceramah Ambang Syawal 1445H anjuran Anulae MPS dengan kerjasama KSDK MPS telah diadakan pada 4 April 2024 bertempat di Lobi Menara MPS.
Ceramah Ambang Syawal bertajuk "Anugerah Syawal Seindah Ramadan" ini telah disampaikan oleh Al Fathil Ustaz Syed Putra Haizam. Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, pengarah-pengarah Jabatan dan Kakitangan Majlis Perbandaran Selayang.
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan yang dihoskan oleh Bahagian Urusetia telah diadakan pada 27 Mac 2024 bertempat di Lobi Menara MPS.
Pada majlis ini, telah diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Stor Terbaik MPS dan sumbangan pek Syawal kepada kakitangan MPS oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS. Pihak ANULAE Cawangan MPS bersama KSDK MPS turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 15 orang penerima yang terpilih daripada kalangan kakitangan MPS.
Di akhir majlis telah diadakan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Tuan PMgr Sr Mohd Asraf bin Mat Yajid, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS di atas petukaran beliau ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Melaka. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan.
Sekitar Mesyuarat Majlis Bil.3/24 yang telah berlangsung pada 27 Mac 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah jabatan MPS.
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Majlis Perbandaran Selayang untuk kakitangan Wanita telah diadakan pada 22 Mac 2024 bertempat di Surau Tingkat 8, MPS. Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS dan Anulae MPS.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Puan Anfaal binti Shaari, ADUN Taman Templer merangkap EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan melibatkan seramai 75 orang kakitangan wanita MPS dari semua jabatan. Turut hadir ke program ini Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE MPS dan Pn Kasmah binti Kamis, Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan MPS.
Tahniah diucapkan kepada KSDK MPS dan Anulae MPS atas penganjuran program yang dapat mendidik jiwa serta merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.
Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk pada 21 Mac 2024 bertempat di Tempat Letak Kereta Kuarters MPS, Bandar Baru Selayang.
Program tahunan ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia melalui aktiviti kemasyarakatan secara gotong royong dan berkongsi rezeki di samping mengeratkan lagi silaturahim antara warga MPS. Sebanyak 2500 bekas bubur lambuk akan diedarkan kepada kakitangan MPS, Agensi- agensi Kerajaan dan swasta serta orang awam yang datang berurusan di MPS.
Turut hadir bagi menyempurnakan program Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli- ahli Majlis dan Pengarah Jabatan.
Bagi mengurangkan penggunaan plastik di kalangan pengunjung Bazar Ramadan, satu program serahan bekas makanan bertutup telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 20 Mac 2024 di Bazar Ramadan, Bandar Rawang.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai simbolik kepada pengunjung untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di bazar Ramadan. Di samping itu, program ini juga dapat memberi kesedaran dan secara tidak langsung menggalakkan peniaga untuk tidak menggunakan beg plastik bagi membungkus makanan manakala pengunjung pula digalakkan membawa bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan.
Edaran bekas makanan dan beg guna semula kepada pengunjung ini telah disampaikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis Zon 15, Pengarah Jabatan Pelesenan , Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta Pengarah Jabatan Penguatkuasa & Keselamatan.
Melalui program ini juga MPS mempromosikan Kempen “Jom Makan Sampai Habis” yang merupakan kempen berobjektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak melakukan pembaziran ketika berbelanja dan mengurangkan penghasilan sisa makanan.
Lawatan turun padang ke tapak Bazar Ramadan Bandar Rawang oleh Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis Zon 15.
Lawatan pada 13 Mac 2024 ini bertujuan untuk membincangkan kaedah bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan bazar Ramadan bersama pegawai trafik dan pengelola tapak bazar Ramadan
Di samping itu, lawatan ini juga untuk memastikan persediaan gerai mematuhi syarat permit perniagaan sebelum aktiviti perniagaan bermula.
YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS telah melakukan lawatan tinjauan ke tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang sempena “Kempen Jom Makan Sampai Habis” pada 12 Mac 2024. Turut serta ialah Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis Zon 10 dan Puan Zulaina Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan.
“Kempen Jom Makan Sampai Habis” merupakan kempen yang berobjektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak melakukan pembaziran ketika berbelanja dan mengurangkan penghasilan sisa makanan.
Pada tinjauan tersebut, Tuan TYDP turut melihat pematuhan SOP selain berkesempatan untuk menyantuni dan menyerahkan kit berupa apron dan topi kepada peniaga bazar Ramadan untuk digunakan semasa menjalankan perniagaan.
MPS berharap dalam keterujaan menyambut Ramadan, masyarakat dapat mengurangkan budaya pembaziran yang berlebihan sepanjang bulan puasa ini. Selain itu, semua pengelola dan peniaga bazar Ramadan adalah diingatkan untuk memastikan aspek kebersihan adalah terjamin dan mematuhi syarat lesen serta SOP yang telah ditetapkan.
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Pergigian Rawang bagi pemeriksaan gigi kanak-kanak taska MPS pada 5 Mac 2024. Program ini telah melibatkan seramai 15 orang kanak-kanak MPS dan pegawai dari Jabatan Khidmat Pengurusan, MPS.
Semoga program ini dapat memberikan banyak manfaat dan ilmu pengetahuan tentang penjagaan gigi dari peringkat awal.