Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS TADARUS & KHATAM ALQURAN

MAJLIS TADARUS & KHATAM ALQURAN

Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Majlis Perbandaran Selayang untuk kakitangan Wanita telah diadakan pada 22 Mac 2024 bertempat di Surau  Tingkat 8, MPS. Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan MPS dan Anulae MPS.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Puan Anfaal binti Shaari, ADUN Taman Templer merangkap EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan melibatkan seramai 75 orang kakitangan wanita MPS dari semua jabatan. Turut hadir ke program ini Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE MPS dan Pn Kasmah binti Kamis, Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan MPS. 

Tahniah diucapkan kepada KSDK MPS dan Anulae MPS atas penganjuran program yang dapat mendidik jiwa serta merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Image
MAJLIS TADARUS & KHATAM ALQURAN