Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2025

[Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin

[Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin

Sesi penyerahan sumbangan oleh Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis MPS kepada 163 orang mangsa banjir yang berlaku di Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya pada Oktober yang lalu telah disempurnakan pada 4 Januari 2025 bertempat di Dewan JPKK Kampung Melayu, Sri Kundang, Rawang.

Turut sama dalam menyampaikan sumbangan, YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang. 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saharudin dan semua pihak yang terlibat. Semoga dengan bantuan yang diterima dapat meringankan sedikit beban kepada mangsa-mangsa banjir.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Perhimpunan Bulan Februari 2025 yang dihoskan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan bertemakan “Strata Terpelihara, Komuniti Sejahtera” pada 25 Februari 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Pada majlis ini telah diadakan penyampaian hadiah bagi Pengurusan Stor Terbaik Tahun 2024 peringkat MPS. Selain itu, dalam majlis ini juga MPS mengambil inisiatif untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang bakal tiba dengan melancarkan Tabung Ihya Ramadan. Pelancaran tabung sumbangan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS ini diharapkan dapat menggalakkan serta melipatgandakan amalan bersedekah dan berinfaq dalam kalangan warga MPS.

Turut sama dalam majlis ini ialah YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan dan kakitangan MPS. 

PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2025

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PN. P. MARIAMMAL

[PROGRAM AHLI MAJLIS @  JKP ZON] - PN. P. MARIAMMAL

Program Fun Walk Hari Wanita Sedunia anjuran JKP Zon 16 dan 17 telah diadakan pada 23 Februari 2025 bertempat di Tasik Bandar Country Homes, Rawang.

Seramai 250 orang peserta wanita yang telah hadir bagi menyertai program ini. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh __. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

Turut sama YB Chua Wei Kiat; ADUN Rawang. Tahniah diucapkan kpeada Puan P. Mariammal dan Tuan Anmuniandy di atas penganjuran program seperti ini.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HJ. SULAIMAN

[PROGRAM AHLI MAJLIS @  JKP ZON] - TUAN HJ. SULAIMAN

Jawatankuasa Penduduk Zon 14 dengan kerjasama JPKK Kampung Melayu, Batu 16, Rawang telah menganjurkan Program Gotong-royong membersihkan dan menurap tapak bazar Ramadan pada 22 hingga 28 Februari 2025.

Program ini diadakan bagi persediaan menyambut bulan Ramadan yang akan tiba serta bertujuan untuk memudahkan para peniaga dan pengunjung untuk berjual beli juadah di tapak bazar.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Sulaiman di atas penganjuran ini. Semoga usaha bersama ini menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan dalam menyambut Ramadan yang bakal kunjung tiba.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HAJI MAZLAN

[PROGRAM AHLI MAJLIS @  JKP ZON] - TUAN HAJI MAZLAN

Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS menyantuni salah seorang penduduk dari kawasan Zon 3 yang mengalami lumpuh anggota badan.

Sumbangan barangan asas keperluan harian juga diberikan bagi meringankan sedikit beban kepada keluarga.

Tuan Haji Mazlan turut berkesempatan menyerahkan barangan keperluan sempena menyambut Ramadan kepada penduduk kawasan Zon 3 dan Maahad Tahfiz Abu Qasim, Kampung Changkat.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mazlan dan pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu penduduk khususnya golongan yang kurang berkemampuan sekaligus memberi keceriaan kepada komuniti itu dalam menyambut Ramadan.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PUAN P. MARIAMMAL

[PROGRAM AHLI MAJLIS @  JKP ZON] - PUAN P. MARIAMMAL

Puan P. Mariammal a/p S. Ponussamy, Ahli Majlis MPS dan JKP Zon 17 telah menganjurkan Program Gotong-royong bersama Persatuan Penduduk Taman Camellia Saujana Rawang pada 22 Februari 2025.

Seramai 80 orang penduduk di kawasan Taman Camellia yang turut serta dalam program ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang lebih bersih, selesa dan lestari bagi penduduk setempat.

Inisiatif ini menjadi bukti bahawa keharmonian dalam masyarakat majmuk dapat dicapai melalui tindakan kecil yang dilakukan dengan hati yang besar.

Tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis dan JKP Zon. Semoga dengan usaha dan program yang diadakan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan baik bersama penduduk setempat.

TAKLIMAT BAZAR RAMADAN 2025

TAKLIMAT BAZAR RAMADAN 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Taklimat Bazar Ramadan 2025 pada 19 Februari 2025 di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengelola dan peniaga tentang pengurusan bazar yang lebih tersusun dan selamat.

Taklimat ini merangkumi aspek kebersihan, keselamatan makanan, penguatkuasaan peraturan, serta pengurusan sisa pepejal untuk memastikan kelancaran operasi bazar sepanjang bulan Ramadan.

Taklimat turut disertai oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, serta Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Menteri Besar Selangor (Perbadanan) MBI.

MPS berharap taklimat ini dapat membantu peniaga mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan memastikan bazar Ramadan tahun ini lebih tersusun, bersih, dan selamat untuk semua.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN SAHARUDIN

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN SAHARUDIN

Program Anti Buli di Sekolah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 19 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 18 Februari 2025 yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang. Program ini bertujuan membanteras gejala buli dalam kalangan murid-murid serta memberi pendedahan tentang metodologi pengurusan buli dan penambahbaikan berterusan sebagai amalan di sekolah-sekolah. Ceramah disampaikan oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak, dan Pesuruhjaya SUHAKAM.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Saharudin bin Abu Bakar; Ahli Majlis MPS, atas kejayaan program yang dianjurkan. Semoga ianya bermanfaat dan mampu membasmi kes buli dalam kalangan pelajar sekolah.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HAJI MAZLAN

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HAJI MAZLAN

Sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2025, Program Back To School anjuran JKP Zon 3 telah diadakan pada 15 Februari 2025 bertempat di Dewan MPKK Kampung Changkat dan Dewan Permai, Kampung Changkat, Gombak.

Seramai 160 orang pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah. Program ini bertujuan untuk membantu bagi persiapan menjelang sesi persekolahan yang baru pada tahun 2025.

Sumbangan ini telah turut disempurnakan oleh Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS. Hadir sama, Tuan Haji A. Rahim bin Kasdi, Penyelaras DUN Gombak Setia. 

Tahniah kepada Tuan Haji Mazlan atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan keluarga pelajar.

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

MPS telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 14 Februari 2025 (Jumaat) bertempat di Lobi Menara MPS, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk mendekatkan pihak MPS dengan masyarakat setempat, mendengar aduan serta cadangan secara langsung, dan memberikan penyelesaian segera terhadap isu yang dibangkitkan oleh orang awam. 

Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, bersama Pengarah jabatan dalaman. 

Bagi orang awam yang tidak berkesempatan untuk datang ke Program Hari Bertemu Pelanggan hari ini boleh melayari https://mps.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk sebarang aduan, cadangan dan maklum balas atau boleh ke media sosial kami untuk maklumat lanjut.