2025
MESYUARAT MAJLIS Bil.1 2025
Sekitar Mesyuarat Majlis Bil.1/25 yang telah berlangsung pada 27 Januari 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah berkongsi pencapaian sepanjang tahun 2024 dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis yang sentiasa berkerjasama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan MPS kepada masyarakat.
Turut hadir dalam mesyuarat ini YDH Dato’ Paduka Raja, Tan Sri Dato’ Dr Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh; Orang Besar Daerah Gombak, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi; Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az'har bin Samsuri; Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis MPS dan barisan Pengarah Jabatan MPS.
MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 1-2025MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JANUARI 2025
Majlis Perhimpunan Bulanan MPS dan Amanat Tahun Baharu 2025 yang dihoskan oleh Unit Integriti telah diadakan pada 27 Januari 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.
Pada majlis ini telah diadakan tayangan khas amanat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penyampaian Sijil Pengiktirafan kepada kumpulan KIK MPS yang telah menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan penyampaian hadiah bagi pasukan Bola Jaring MPS yang telah meraih kemenangan ditempat ketiga dalam Pertandingan Bola Jaring anjuran Kelab Hulu Selangor.
Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dalam amanatnya, mengharapkan kebersamaan semua warga MPS untuk memberikan komitmen dan sokongan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar aspirasi membawa MPS ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan dapat dicapai.
Turut sama, YDH Dato’ Paduka Raja, Tan Sri Dato’ Dr Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh; Orang Besar Daerah Gombak, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi; Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan MPS dan kakitangan MPS.
PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2025[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PUAN P. MARIAMMAL
Pengagihan Buah limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina 2025 oleh Puan P.Mariammal a/p S. Ponnusamy kepada pengunjung dan peniaga pasar di Pasar Bandar Country Homes telah diadakan pada 26 Januari 2025.
Sekalung penghargaan kepada semua yang turut serta membantu dan menjayakan program agihan buah limau ini, semoga Tahun Baru Cina tahun 2025 ini dapat memberikan kebahagian dan kemakmuran kepada masyarakat bersama.
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan MPS pada 18 Januari 2025 bertempat di Dewan Sri Kayangan, Kompleks Pegawai Daerah Gombak.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk bagi menyuarakan sebarang aduan, cadangan atau pandangan, mendapatkan penjelasan berkenaan isu-isu berbangkit, serta menyelesaikan urusan berkaitan MPS secara terus dengan pihak pengurusan tertinggi.
Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10; Tuan Mohd Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis MPS Zon 11 bersama pengarah dan wakil jabatan MPS.
Bagi orang awam yang tidak berkesempatan menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan hari ini boleh melayari https://mps.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk sebarang aduan, cadangan dan maklum balas atau boleh ke media sosial kami untuk maklumat lanjut.
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan dan Puan Ruhanah
Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS Zon 3 bersama Puan Ruhanah binti Masruki, Ahli Majlis MPS zon 4 telah mengedarkan kalendar tahun baharu 2025 kepada peniaga dan orang ramai yang berkunjung ke Pasar Pagi Taman Greenwood pada 5 Januari 2025.
Turut sama, Tuan Haji A Rahim bin Kasdi, Penyelaras DUN Gombak Setia.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan dan Puan Ruhanah di atas edaran kalendar tahun baharu. Semoga ianya dapat memudahkan urusan harian dan dapat membina komuniti yang lebih sejahtera.
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Mazlan
Tuan Haji Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS menyantuni salah seorang penduduk dari kawasan Zon 3 yang telah kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya.
Sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban kepada keluarga mangsa dan juga merupakan inisiatif penting untuk memastikan kebajikan masyarakat di bawah zon Ahli Majlis agar terus dipelihara.
Tuan Haji Mazlan turut berkesempatan melawat sekitar Taman Berlian dan Taman Sahabat bagi meninjau keadaan saluran longkang yang perlu diselenggara dan dipulih baik bagi mengelakkan kawasan tersebut dinaiiki air sewaktu musim hujan.







































