Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

SEMINAR AHLI MAJLIS, MPS TAHUN 2026

SEMINAR AHLI MAJLIS, MPS TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Seminar Ahli Majlis Tahun 2026 di Sunway Lagoon Hotel, Subang Jaya yang menghimpunkan barisan Ahli Majlis serta pengurusan tertinggi MPS bagi memperkukuh tadbir urus, memperkasakan peranan Ahli Majlis dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Turut hadir ialah Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, serta YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Penganjuran seminar ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik, berkongsi pandangan dan idea, serta menyelaras hala tuju pentadbiran ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan responsif demi kesejahteraan warga Selayang.

Semoga segala ilmu, pandangan dan cadangan yang dikongsikan sepanjang seminar ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak positif dalam mempertingkatkan kecemerlangan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan Majlis.

"Bersama Memperkasa Tadbir Urus, Memacu Perkhidmatan Cemerlang Demi Kesejahteraan Warga Selayang."

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

OPERASI BERSEPADU PEMANDU WARGA ASING (PEWA) MPS

OPERASI BERSEPADU PEMANDU WARGA ASING (PEWA) MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan 13 tindakan penguatkuasaan, melibatkan penyitaan 12 kenderaan dan barangan serta pengeluaran 1 kompaun dalam Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (PEWA) yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor pada 29 Julai 2026 di beberapa lokasi tumpuan.

Operasi yang melibatkan 54 anggota penguat kuasa JPJ Negeri Selangor dan 30 anggota penguat kuasa MPS ini memberi tumpuan di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Kampung Bendahara, Kampung Sungai Tua dan Taman Jasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa agensi yang terlibat.

Tindakan penguatkuasaan MPS melibatkan penyitaan 3 motosikal, 2 van, 5 basikal dan 2 troli, manakala sebuah lori telah dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil MPS. Antara kesalahan yang dikesan termasuk menjalankan aktiviti penjajaan tanpa lesen, menghalang tempat awam dan meletakkan kenderaan berat di kawasan taman.

Dalam operasi yang sama, JPJ Negeri Selangor telah memeriksa 126 kenderaan, mengesan 256 kesalahan, mengeluarkan 420 notis serta menyita 34 kenderaan yang terdiri daripada 23 motosikal, 6 motokar dan 5 lori. Selain itu, seramai 23 pemandu warga asing turut dikesan melakukan kesalahan memandu tanpa lesen.

MPS akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JPJ Negeri Selangor dan agensi berkaitan dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan pengguna jalan raya serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN SKU 2026 BIL. 2-2026 MPS

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN SKU 2026 BIL. 2-2026 MPS

Mesyuarat Kajian Semula Pencapaian Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2026 Bil. 2/2026 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), anjuran Jabatan Khidmat Pengurusan, sedang berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor dari 29 hingga 31 Julai 2026.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada penelitian tahap pencapaian projek perbandaran dan penyampaian perkhidmatan awam melibatkan 21 jabatan di MPS bagi separuh tahun pertama 2026. Selain itu, pelbagai strategi turut diperhalusi bagi mengenal pasti kelemahan dan cabaran, seterusnya merangka tindakan susulan yang lebih proaktif dan berkesan bagi baki separuh tahun kedua 2026. Usaha ini penting untuk memastikan semua jabatan terus beroperasi secara tersusun dan bersepadu ke arah merealisasikan visi dan misi MPS, selaras dengan dasar utama Majlis iaitu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Rancangan Selangor Kedua (RS-2), Inisiatif Bandar Pintar serta MPS ke Arah Bandaraya 2030.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS serta para Pengarah Jabatan MPS.

Memasuki hari kedua mesyuarat, sebanyak 27 pindaan Sub SKU melibatkan sasaran baharu telah dicadangkan, selain 10 penambahbaikan, pewujudan tiga Sub SKU baharu, satu pindaan kaedah pengukuran serta satu Sub SKU digugurkan.

Kajian semula ini menjadi platform penting untuk memperkukuh perancangan dan pelaksanaan SKU agar lebih berkesan. Pada masa sama, komitmen berterusan semua jabatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang telus, cekap dan mesra rakyat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan warga Selayang serta pembangunan perbandaran yang lebih inklusif.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangorMajuBersama

#SelayangkuSayang

GOTONG-ROYONG PREMIS SEWAAN MAJLIS

GOTONG-ROYONG PREMIS SEWAAN MAJLIS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menganjurkan Program Gotong-Royong Premis Sewaan Majlis di Gerai MPS Taman Tun Perak (UPEN) yang melibatkan 10 unit gerai.

Program ini telah disertai oleh 43 orang yang terdiri daripada penyewa gerai MPS serta warga kerja Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK). Melalui kerjasama semua pihak, pelbagai aktiviti pembersihan telah dilaksanakan termasuk membersihkan kawasan sekitar gerai, menebang dan mencantas pokok, memotong rumput, membersihkan longkang serta melupuskan barang-barang terpakai dan lusuh.

Selain mewujudkan persekitaran gerai yang lebih bersih, kemas dan selamat, program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara MPS dan para penyewa gerai. Penglibatan aktif semua peserta mencerminkan semangat kebersamaan dalam memastikan kawasan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan teratur dan kondusif.

Usaha seperti ini diharapkan dapat menyemai budaya menjaga kebersihan secara berterusan dalam kalangan penyewa serta komuniti setempat, selaras dengan tagline *"Gerai Bersih, Komuniti Sejahtera."*

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PASAR MPS PATUH 2026

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PASAR MPS PATUH 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menyertai Taklimat Pelaksanaan Program Pasar Patuh 2026 yang diadakan pada 28 Julai 2026 di Pasar Moden MPS, Taman Sri Gombak dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Metrology Cawangan Rawang.

Antara pengisian utama program ialah taklimat berkaitan syarat-syarat lesen di bawah bidang kuasa MPS yang telah disampaikan oleh Puan Fatin Nadiah binti Abdul Aziz, wakil Jabatan Pelesenan MPS. Turut diadakan ialah taklimat mengenai pelaksanaan Program Pasar Patuh 2026 oleh wakil KPDN serta taklimat berkaitan keperluan pendaftaran perniagaan dan tanggungjawab peniaga oleh wakil SSM Selangor.

Program ini bertujuan memberi penerangan kepada para peniaga mengenai objektif, kaedah pelaksanaan dan keperluan pematuhan Program Pasar Patuh 2026, di samping meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan syarat pelesenan dan perundangan yang berkaitan. Inisiatif ini juga dapat memupuk amalan perniagaan yang beretika, telus dan berintegriti demi melindungi kepentingan pengguna.

Sebelum sesi taklimat berlangsung, KPDN Cawangan Gombak turut mengadakan sesi advokasi kepada para peniaga dengan mengagihkan tag putih, klip harga dan pen penanda bagi pelaksanaan Program Pasar Patuh 2026. Sambutan yang diberikan oleh para peniaga adalah amat menggalakkan dengan penggantian tag harga sedia ada kepada tag Pasar Patuh.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA BIL. 4 2026

SEMINAR KEHIDUPAN STRATA SEJAHTERA BIL. 4 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Seminar Kehidupan Strata Sejahtera Bil. 4/2026 yang berlangsung di Mercure Hotel, Selayang.

Seminar ini menghimpunkan seramai 37 peserta daripada pelbagai skim strata bagi meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan bangunan berstrata.

Seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Shafaliza binti Saharudin, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB). Turut hadir ialah Ahli Majlis MPS, Tuan Tan Teong Guan (Zon 25) dan Tuan Deveandaran A/L Selvaraju (Zon 7).

Para peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Sr Rosmaliza binti Osman, Timbalan Pengarah COB, Puan Hasnisa binti Abdul Hamid daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Tuan Azizi bin Ayub daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., dan perkara yang dibincangkan adalah pemahaman fungsi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), pengurusan tunggakan bil elektrik serta peranan JMB dan MC dalam memastikan kelestarian utiliti bangunan berstrata.

Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai pengoperasian Air Selangor, inisiatif semasa seperti e-Bil, aplikasi Air Selangor dan Sistem SADE, di samping perkongsian berkaitan isu kebocoran selepas meter pukal serta kepentingan penyelenggaraan termasuk kerja-kerja mencuci tangki air bagi memastikan pengurusan bangunan berstrata yang lebih cekap dan mampan.

PROGRAM CERAMAH INTEGRITI BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA KE-44 MPS

PROGRAM CERAMAH INTEGRITI BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN PENGUAT KUASA KE-44 MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penguat Kuasa dan Keselamatan dengan kerjasama Unit Integriti MPS telah menganjurkan Program Ceramah Integriti bersempena Sambutan Bulan Penguat Kuasa Ke-44 MPS. Program ini merupakan antara inisiatif MPS dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam kalangan warga penguat kuasa.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS. Program ini turut menghimpunkan seramai 153 orang kakitangan Jabatan Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Penguasa Firdaus bin Umar @ Adli, Pegawai Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor. Sesi perkongsian yang memfokuskan kepada topik integriti penjawat awam ini memberi pendedahan mengenai kepentingan membudayakan integriti, mengamalkan tadbir urus yang baik serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Turut hadir, YBrs. Puan Sr. Norshima binti Norzlan, Pengarah Jabatan Penguat Kuasa & Keselamatan MPS dan Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Bahagian Unit Integriti.

Program ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran dan penghayatan warga penguat kuasa terhadap kepentingan integriti sebagai asas dalam melaksanakan tugas dengan beretika, telus dan beramanah demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM ”HAPPY MOVIE TIME” TASKA MPS

PROGRAM ”HAPPY MOVIE TIME” TASKA MPS

Program ”Happy Movie Time” anjuran Taska Majlis Perbandaran Selayang telah berlangsung pada 28 Julai 2026 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Gombak dengan penyertaan seramai 25 orang yang terdiri daripada kanak-kanak Taska MPS serta pegawai.

Sepanjang program, para peserta telah menonton filem Papazola The Movie sebagai aktiviti utama. Program ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi aktiviti santai di luar taska, di samping menyokong perkembangan sosial, emosi dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan antara kanak-kanak dan pegawai dalam suasana yang ceria, selamat serta kondusif.

Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kamiselangormajubersama

MESYUARAT MAJLIS BIL. 7 2026

MESYUARAT MAJLIS BIL. 7 2026

Mesyuarat Majlis Bil. 7/2026 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua (YDP) MPS. Dalam ucapan beliau, Tuan YDP telah berkongsi pencapaian MPS sepanjang bulan Julai 2026 serta menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dan perkembangan positif yang berjaya dicapai oleh MPS hasil usaha seluruh warga kerja.

Turut hadir, YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis MPS, barisan pengarah jabatan serta pihak media.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan pelbagai agenda serta usaha penambahbaikan perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemudahan masyarakat di kawasan pentadbiran MPS.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama