Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

PROGRAM HARI INOVASI DAN INTEGRITI

PROGRAM HARI INOVASI DAN INTEGRITI

Sempena Hari Inovasi dan Integriti Majlis Perbandaran Selayang 2023, Unit Integriti MPS telah mengadakan Ceramah Integriti bertajuk “Scammer… Anda Mungkin Mangsa Seterusnya” pada 6 Disember 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Ceramah telah disampaikan Tuan ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran integriti dalam kalangan warga MPS dan memastikan semua warga MPS terhindar daripada terlibat dengan jenayah scammer.

Pada 7 Disember 2023 pula, Breakfast Talk bertajuk "Sexual Harrassment In Workplace" telah disampaikan oleh Puan Suhaila binti Abdul Hamid, Pengarah Perundangan MPS, Taklimat Integriti bertajuk “Tatakelakuan Penjawat Awam” oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS dan Takliman Go-Green oleh Puan Nurul Rosmalailis binti Ramali, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, JPSPK MPS kepada kakitangan MPS yang hadir.

Pameran daripada AKRAB MPS yang menyediakan Penilaian Ujian DASS 21 serta pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sepanjang Hari Inovasi dan Integriti MPS 2023 berlangsung turut diadakan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

PROGRAM HARI INOVASI DAN INTEGRITI 2023

Program Super Fun Birthday Party, Taska Majlis Perbandaran Selayang

Program Super Fun Birthday Party, Taska Majlis Perbandaran Selayang

Taska Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan program Super Fun Birthday Party pada 5 Disember 2023 bertempat di The Parenthood, Melawati Mall.

Seramai 14 kanak-kanak yang telah turut serta dalam aktiviti tahunan anjuran Jabatan Khidmat Pengurusan MPS. Program ini diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran selain mewujudkan semangat kekeluargaan dan memupuk rasa kasih sayang antara kanak-kanak dan juga pengasuh. Disamping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Program Super Fun Birthday Party, Taska Majlis Perbandaran Selayang 2023

Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS

Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang pada hari ini menzahirkan rasa bangga beliau atas pencapaian MPS dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS bertempat di Lobi Menara MPS.

Penyampaian sebanyak tiga anugerah iaitu sijil pengiktirafan atas penyediaan SDG City Roadmap di Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day, Anugerah Khas Komuniti Ceria Kebun Komuniti Flat Dadimur Taman Batu Caves sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023 dan Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia telah diadakan pada majlis ini diikuti dengan penyampaian hadiah Karnival Sukan Antara Jabatan bagi sukan sepak takraw, karom, bola sepak dan bola jaring.

Turut diadakan penyerahan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam sebanyak RM10,000 hasil sumbangan daripada kakitangan MPS dan pihak MPS sendiri sebagai tanda solidariti penjawat awam dalam membantu rakyat Palestin.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS 2023

Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024

Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024

Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024 anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 14 telah diadakan pada 3 Disember 2023 bertempat di Blok Dahlia dan Cempaka, Taman Tun Teja.

Seramai 60 pelajar dari golongan B40 telah menerima sumbangan ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang dan Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah atas inisiatif ini. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Program Ceria Kembali Ke Sekolah 2024

Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi

Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi

Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi anjuran bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 15 dan Pertubuhan Pembangunan Wanita Berdaya Rawang telah diadakan pada 3 Disember 2023 bertempat di Dewan Kampung Lim Tan Rawang.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi manfaat kepada para usahawan yang berminat dan ingin menceburi bidang makanan. Tahniah diucapkan kepada Puan Alice Choo Foong Thye, Ahli Majlis MPS atas penganjuran ini. Turut hadir YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Bengkel Keusahawanan Membuat Sushi 2023