Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2023

Lawatan Tapak Dan Temu Siasat Oleh BPA

Lawatan Tapak Dan Temu Siasat Oleh BPA

Satu lawatan tapak dan temu siasat (secara bersepadu) oleh Biro Pengaduan Awam telah diadakan pada 26 Julai 2023 bertempat di Taman Selayang Indah, Selayang.

Lawatan telah diketuai oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor bagi memantau tindakan ke atas isu aduan awam yang telah dilaporkan orang ramai.

Turut hadir pada lawatan tapak ini adalah SUK Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor dan Jabatan Dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Lawatan Tapak Dan Temu Siasat Oleh BPA 2023

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS

JUALAN AGRO MADANI ANJURAN ANULAE

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama-sama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 26 Julai 2023 di Pekarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Pek Kombo Madani yang dijual dengan harga RM10 bagi ayam dan tiga jenis sayur telah menambat hati para pembeli pada program ini. Lebih 350 pengunjung telah hadir pada program yang berlangsung meriah ini.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua dan Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS turut meninjau tapak-tapak jualan tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

JUALAN AGRO MADANI ANJURAN ANULAE 2023

Pusat Pengkomposan Sisa Makanan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam & Kebun Komuniti Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam

Pusat Pengkomposan Sisa Makanan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam & Kebun Komuniti Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Kesihatan MPS telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengkomposan Sisa Makanan di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam & Kebun Komuniti Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam pada 26 Julai 2023. Tujuan lawatan ini diadakan untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman berkaitan aktiviti pengkomposan sisa makanan yang dijalankan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Taklimat mengenai pengkomposan sisa makanan telah disampaikan oleh Cik Nor Fazliena Adleen binti Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Kanan), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam MBSA.

Pihak MPS berharap dengan pengalaman yang diperoleh daripada lawatan ini, akan menambah idea dan kemahiran dalam melaksanakan program pengkomposan pada masa akan datang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Pusat Pengkomposan Sisa Makanan Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam & Kebun Komuniti Surau Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam 2023

Sesi Kecergasan Bersama Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS

Sesi Kecergasan Bersama Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS

Sesi Kecergasan bersama Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama-sama Pasukan Golf, Ping Pong, Tarik Tali dan Futsal MPS telah diadakan pada 26 Julai 2023 bertempat di Stadium MPS.

Seramai 45 orang atlet MPS telah hadir ke sesi ini yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi kecergasan dan daya tahap ketahanan setiap atlet bagi persediaan menyertai Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023.

Aktiviti ini penting bagi memastikan atlet MPS sentiasa dalam keadaan bersedia dari aspek mental dan fizikal.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Sesi Kecergasan Bersama Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS 2023

Lawatan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan KPKK Selangor Tahun 2023

Lawatan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan KPKK Selangor Tahun 2023

MPS telah menerima Lawatan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan bagi Tahun 2023 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) Negeri Selangor pada 27 Julai 2023. Pasukan Inspektorat KPKK Negeri Selangor diketuai oleh Puan Nurul Adha binti Yahya, Penolong Pengarah Pejabat KPKK Negeri Selangor bersama Encik Noor Hanizam bin Baharudin dan Encik Mohd Hafizie bin Ruslan.

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah mempengerusikan mesyuarat pembukaan inspektorat dan disusuli dengan sesi perbincangan dan semakan serta lawatan ke bahagian dan unit yang berkaitan oleh pasukan inspektorat.

Penemuan lawatan inspektorat ini akan menjadi rujukan bagi penambahbaikan dari aspek pematuhan keselamatan dan perlindungan maklumat secara holistik bagi warga kerja MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Lawatan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan KPKK Selangor Tahun 2023

Pemantauan Aktiviti Pembuangan Sampah Haram

Pemantauan Aktiviti Pembuangan Sampah Haram

Pemantauan aktiviti pembuangan sampah haram hari ini telah menahan sebuah Lori Sampah di Tanah Lot 2047 Belakang Masjid Zakaria, Gombak oleh anggota Penguatkuasa dan Keselamatan MPS.

Sitaan kepada sebuah lori sampah telah dilakukan dan lori sitaan tersebut seterusnya disimpan di depoh tunda. MPS akan terus menjalankan pemantauan rapi bagi menangani isu ini dari semasa ke semasa.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Pemantauan Aktiviti Pembuangan Sampah Haram 2023

Program 'Hotspot to Greenspot' MPS

Program 'Hotspot to Greenspot' MPS

Program 'Hotspot to Greenspot' MPS telah diadakan pada 14 Julai 2023 di tapak sampah longgok berdekatan persimpangan Jalan SJ 17, Taman Selayang Jaya. Program ini melibatkan kerjasama Ahli Majlis Zon 12, wakil penduduk JKP Zon 12 MPS, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS dan KDEBWM. Inisiatif ini bertujuan untuk menangani masalah tapak sampah longgok yang mencemari pemandangan kawasan tersebut.

Kawasan tersebut sebelum ini merupakan hotspot pembuangan sisa sampah pukal dan domestik yang menjejaskan kebersihan persekitaran. Menerusi program ini, pihak KDEBWM telah membersihkan semua sisa sampah pukal dan domestik sebelum proses penanaman anak pokok dilakukan.

Jabatan Landskap MPS turut menyumbangkan sebanyak 70 anak pokok serta peralatan lain yang diperlukan untuk tujuan penanaman dan pengindahan semula tapak ini agar menjadi kawasan hijau.

Sebagai langkah pencegahan bagi menghentikan aktiviti pembuangan sisa longgok di kawasan tersebut, Ahli Majlis Zon 12 juga telah menggantung gegantung larangan membuang sampah untuk mengingatkan penduduk agar tidak membuang sampah secara sembarangan di tapak tersebut.

Dengan adanya program ini, diharapkan kawasan yang dulunya menjadi hotspot pembuangan sampah dapat bertransformasi menjadi kawasan hijau yang indah dan bersih. Usaha ini akan terus diperkasa dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dan kesedaran penduduk setempat untuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan mereka.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Program 'Hotspot to Greenspot' MPS 2023

Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Awam

Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Awam

Bersama pihak Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor dalam Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Awam yang diadakan secara dalam talian pada 18 Julai 2023.

Objektif sesi libat urus ini diadakan untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu-isu aduan yang telah dirujuk untuk tindakan pihak agensi.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Izzwa Shahril bin Idris (Ketua Penolong Pengarah BPA Negeri Selangor) dan diihadiri oleh wakil dari Jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Awam 2023

Majlis Bacaan Yasin Anjuran ANULAE Cawangan MPS Dan KSDK MPS

Majlis Bacaan Yasin Anjuran ANULAE Cawangan MPS Dan KSDK MPS

Majlis Bacaan Yasin anjuran ANULAE Cawangan MPS dan Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah diadakan pada 21 Julai 2023 bertempat di Surau MPS.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MPS bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga ianya dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Majlis Bacaan Yasin Anjuran ANULAE Cawangan MPS Dan KSDK MPS 2023

Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam

Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam pada 24 Julai 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Projek pembinaan Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam di Bandar Baru Selayang, Daerah Gombak ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Pemaju Aura Kemuncak Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.

Semoga projek yang bakal dibangunkan ini akan menjadi titik tolak baru bagi kemajuan dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti setempat.

Hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Dato' Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); Puan Cannis Chan, Pengarah Aura Kemuncak Sdn. Bhd.; Puan Nor Azlina binti Abd Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Ahli-Ahli Majlis MPS; wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan; Pengarah dan Kakitangan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Majlis Perasmian Reka Bentuk Dewan Komuniti dan Rumah Penjawat Awam 2023