Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) anjuran ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diadakan di Lobi, Menara MPS.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Mundzir bin Azharul Shah, Pengurus Operasi Akademi AFSA, bersama Encik Norafiszal bin Sabuan, Pengurus dan Penyelaras Agensi & PPA, Galaxy Skill Academy.
Turut hadir ialah Encik Mohd Saiful Saffie bin Haji Yahaya, Naib Pengerusi merangkap Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MPS.
Seramai 100 orang kakitangan MPS telah menyertai taklimat ini. Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga kerja MPS mengenai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), sekali gus meningkatkan pengetahuan serta kelayakan kemahiran yang dapat menyokong pembangunan kerjaya dan memperkukuh kompetensi mereka.
Semoga taklimat ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi pemangkin ke arah peningkatan kompetensi dan pembangunan profesional warga kerja MPS.