Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

SESI TAKLIMAT BAGI PROGRAM NUTRISI NEGERI SELANGOR (NUTRISEL) 2026 PERINGKAT MPS

SESI TAKLIMAT BAGI PROGRAM NUTRISI NEGERI SELANGOR (NUTRISEL) 2026 PERINGKAT MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Sesi Taklimat Program Nutrisi Negeri Selangor (NUTRISEL) 2026 bersama pengusaha kantin serta wakil-wakil daripada 76 buah sekolah sebagai persediaan pelaksanaan program tersebut di kawasan pentadbiran MPS.

Program NUTRISEL merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan membantu menangani cabaran semasa, termasuk kesan krisis global dan konflik di Asia Barat, melalui penyediaan bantuan sarapan percuma kepada pelajar yang berkelayakan serta berdaftar di bawah sekolah-sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS, Puan Yusmarini binti Mahyuddin, wakil Jabatan Perbendaharaan MPS, serta Encik Mohd Sahari Sayuti bin Arifin, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Gombak (PPD Gombak). Taklimat ini memberi penerangan berkaitan pelaksanaan Program NUTRISEL 2026, termasuk aspek penyelarasan, pengurusan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Melalui sesi ini, MPS berharap kerjasama erat antara agensi, pihak sekolah dan pengusaha kantin dapat memastikan pelaksanaan Program NUTRISEL 2026 memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga sekolah di Negeri Selangor.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#nutrisel2026