Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Tourism Selangor telah mengadakan Sesi Pembentangan dan Penyerahan Buku Peta Budaya Selayang bertempat di Lobi Menara MPS.
Puan Renuga Devi Sivamoorthy, Pengurus Jabatan Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, telah menyempurnakan penyerahan buku kepada YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.
Penyediaan buku ini merupakan inisiatif Tourism Selangor dengan sokongan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendokumentasikan aset warisan, sejarah dan budaya di kawasan pentadbiran MPS sebagai rujukan dalam usaha pemeliharaan serta pembangunan pelancongan budaya.
Buku Peta Budaya Selayang telah diserahkan secara rasmi kepada
YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin,
Yang Dipertua MPS sebagai simbolik penyerahan hasil kajian dan dokumentasi budaya di Selayang.
MPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepada Tourism Selangor atas komitmen dan sokongan dalam merealisasikan penyediaan buku ini. Inisiatif tersebut diharap dapat memperkukuh identiti warisan tempatan serta menyokong pembangunan sektor pelancongan yang mampan di Selayang.