Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan dengan kerjasama KDEBWM telah menganjurkan Sesi Libat Urus dan Sesi Suai Kenal yang melibatkan Ahli Majlis MPS, penyelia serta subkontraktor KDEBWM.
Sesi ini diadakan bagi memperkenalkan Ahli Majlis mengikut kawasan kepada penyelia dan subkontraktor KDEBWM yang dilantik. Selain itu, sesi ini turut bertujuan memperkukuh kerjasama antara semua pihak bagi memastikan penyampaian aduan serta penyaluran maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.
Sesi ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.
Pelbagai pandangan, idea dan cadangan telah dikemukakan oleh Ahli Majlis sebagai usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta kecekapan pelaksanaan kerja oleh subkontraktor KDEBWM demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat.