Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penyewa Gerai MPS di Pasar Borong Fasa 2 dan Fasa 3 serta Gerai Stadium MPS sebagai platform komunikasi dua hala bagi memperkukuh hubungan serta merapatkan kerjasama antara pihak MPS dan para penyewa gerai MPS.
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung pelbagai isu, aduan, cadangan serta keperluan penyewa melalui sesi dialog dan perbincangan bersama. Inisiatif ini sekali gus membantu MPS menambah baik penyampaian perkhidmatan serta melaksanakan tindakan susulan yang lebih efektif demi keselesaan dan kesejahteraan para penyewa.
Sesi libat urus tersebut dipengerusikan oleh Encik Mohamad Faiz bin Omar, Ketua Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Kehadiran serta penglibatan aktif penyewa yang dijemput dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh hubungan kerjasama yang lebih erat, harmoni dan berkesan antara MPS dan komuniti penyewa MPS.