Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

SELAYANG CULTURAL NIGHT RUN MPS 2026

SELAYANG CULTURAL NIGHT RUN MPS 2026

Selayang Cultural Night Run (SCNR) 2026 anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) dengan kerjasama Hijo Running Club telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat penyertaan seramai 233 peserta daripada pelbagai kaum, latar belakang dan peringkat umur.

Acara larian santai yang mengetengahkan konsep budaya dan perpaduan ini menampilkan tema pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia, sekali gus menyerlahkan keunikan warisan budaya negara serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), diiringi oleh Yang Dihormatkan Dato Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Tuan TS Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, Encik Alfian bin Masebah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak, Inspektor Pavinar a/l Krishnamurty, Ketua Balai Polis Selayang, Gombak; Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ahli Majlis dan pengarah - pengarah MPS.

Penganjuran SCNR merupakan sebahagian daripada pengisian Program Trail Des Gombak 2026 (TDG 2026) yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Selayang Cultural Night Run (SCNR) 2026. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan hubungan komuniti dan mempromosikan Selayang sebagai destinasi yang kaya dengan warisan budaya, aktif dan inklusif.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#SelayangCulturanNightRun

#TrailDesGombak2026