Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM ZIARAH JAWI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PROGRAM ZIARAH JAWI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Ziarah Jawi DBP pada 3 Mac 2026 yang bertempat di Bazar Ramadan Greenwood, Gombak yang merupakan salah satu lokasi tumpuan masyarakat di bawah pentadbiran MPS.

Program ini merupakan satu daripada pengisian bersempena dengan Jaulah Ramadan Komuniti Peringkat Negeri Selangor anjuran Kementerian Pendidikan (KPM). 

Pemilihan Bazar Ramadan Taman Greenwood sebagai lokasi penganjuran membuktikan peranan MPS dalam menyokong usaha memperluas hebahan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penggunaan bahasa melayu dan ejaan Jawi yang betul dan tepat. 

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia yang telah beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung bazar serta mengedarkan gegantung (𝘽π™ͺπ™£π™©π™žπ™£π™œ) program sebagai simbolik sokongan terhadap inisiatif berkenaan.

Turut hadir, YBrs. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP; YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; YDH Dato’ Ir. Hj Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak merangkap Orang Besar Daerah Gombak; YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan; Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Menteri Besar; Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Pengurus Ahli Parlimen Gombak; Ahli Majlis MPS, Tuan Hj. Mazlan bin Musa dan Puan Ruhanah binti Masruki; Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat serta Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Pelesenan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat terus menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat serta memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan bahasa kebangsaan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama