Program Tadarus Al-Quran (Wanita) anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS dan ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.
Program ini telah dipimpin oleh Puan Khairunnadiah binti Rosli, Pegawai Undang-Undang MPS. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS serta Puan Azlina binti Aziz, Timbalan Presiden II KSDK MPS.
Seramai 100 orang kakitangan wanita MPS telah mengambil bahagian dalam program ini. Program Tadarus Al-Quran ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh KSDK MPS bersama ANULAE Cawangan MPS di bulan Ramadhan bagi menggalakkan penghayatan Al-Quran di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja wanita MPS.
Semoga program ini terus memberi manfaat serta keberkatan kepada semua yang terlibat.