ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengagihkan sebanyak 400 pek makanan berbuka puasa kepada kakitangan MPS bertempat di Lobi Menara MPS. Serahan pek makanan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.
Turut Hadir dalam majlis ini, YBrs. Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS dan Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MPS.
Semoga perkongsian rezeki ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta menyemarakkan lagi ukhwah antara warga MPS di bulan Ramadan.