Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) telah menganjurkan Program Penuaan Sihat Warga Emas 2026 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Selayang Baru (KKSB) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zulkifli bin Hamzah, Ketua WHIP merangkap Ahli Majlis Kawasan JKP Zon 6. Turut hadir ialah YBrs. Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah JPM MPS dan YBrs. Dr. Lalitha Ambigai a/p Vengidasan, Ketua Klinik Kesihatan Selayang Baru merangkap Pakar Perubatan Keluarga.
Seramai 97 orang warga emas telah menyertai program ini yang menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan penjagaan kesihatan dan amalan penuaan sihat. Antara pengisiannya ialah senaman pagi, demonstrasi bantuan kecemasan (CPR) dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED), pengendalian situasi tercekik serta pemeriksaan dan saringan kesihatan menerusi lapan (
reruai yang dikendalikan oleh pegawai kesihatan daripada KKSB dan PKD Gombak bersama urusetia Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS.
Reruai yang disediakan meliputi saringan pemakanan dan sarkopenia, fisioterapi, pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, pemeriksaan pergigian, kaunseling farmasi, saringan kognitif serta aktiviti permainan bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas. Usaha berterusan seperti ini juga menyokong aspirasi melahirkan warga emas yang sihat, aktif, berdikari dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.