Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM MEGA LIVE WATCH PARTY FINAL WORLD CUP 2026

PROGRAM MEGA LIVE WATCH PARTY FINAL WORLD CUP 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah bersama-sama menjayakan Program Mega Live Watch Party Final World Cup 2026 yang berlangsung di hadapan Restoran Haji Muhammad, Prima Sri Gombak. 

Inisiatif ini sekali gus menghimpunkan para peminat bola sepak bagi menyaksikan secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Argentina menerusi tayangan di skrin gergasi dalam suasana yang meriah serta penuh semangat kesukanan.

Program ini merupakan anjuran bersama MPS, Pejabat Parlimen Gombak, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Gombak, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Asal Gombak, JPKK MPS Zon 4, KDEB, Al-Ikhsan Sports dan Monster Energy. Penganjuran program ini menyediakan platform kepada orang ramai untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung bersama YAB Dato' Seri Amirudin Shari, sekali gus menyemarakkan lagi kemeriahan malam kemuncak kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Selain tayangan perlawanan akhir, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang muda negara, Qaseh Rania, pemain bola sepak wanita Malaysia serta influencer sensasi, Coach Dom Jom United, yang bersama-sama memeriahkan suasana dan berinteraksi dengan para pengunjung sepanjang program berlangsung.

Turut hadir ialah Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Pengurus Ahli Parlimen Gombak; Puan Ruhanah binti Masruki, Ahli Majlis MPS Zon 4; dan Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Landskap MPS.

Program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform yang mengukuhkan jalinan kerjasama antara MPS dan pelbagai agensi dalam menganjurkan aktiviti yang bermanfaat serta memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama