Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dengan penglibatan 14 jabatan dalaman MPS.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan MPS dalam memperkukuh komunikasi bersama penduduk. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk menyuarakan pertanyaan dan aduan secara langsung kepada pegawai jabatan berkaitan, termasuk mendapatkan penjelasan terus mengenai isu-isu perbandaran.
Sebanyak 55 aduan dan pertanyaan telah diterima sepanjang program berlangsung. Antara isu yang dikemukakan termasuk rayuan kompaun Cukai Taksiran dan penguatkuasaan, masalah infrastruktur dan kemudahan awam.
Program ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya sebagai saluran perkhidmatan bersemuka yang lebih telus dan mesra rakyat.
Orang awam yang tidak berkesempatan hadir boleh menyalurkan aduan atau cadangan secara dalam talian melalui portal SPAB di https://mps.spab.gov.my atau menerusi platform media sosial rasmi MPS.