Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM GRS 2.0 - SANTAPAN PAGI DYTM RAJA MUDA SELANGOR DI GARDEN 8, GOMBAK

PROGRAM GRS 2.0 - SANTAPAN PAGI DYTM RAJA MUDA SELANGOR DI GARDEN 8, GOMBAK

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli ke Program Gagasan Rumpun Selangor 2026 2.0 Daerah Gombak di Garden 8, Taman Perwira, Gombak.

Ketibaan DYTM Raja Muda Selangor disambut oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor; YB Datuk Rizam bin Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor; YB Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat merangkap ADN Taman Templer; YB Dato’ Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan YBrs Tuan Haji A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor

Turut mengiringi adalah Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs. Tuan Shahman Bin Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang; YBrs. Tuan Ts. Hj. Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ bersama ketua-ketua jabatan dan agensi daerah Gombak.

Sesi sembah taklimat dan penerangan kepada DYTM Raja Muda Selangor dan delegasi diadakan di ruang Lanai Garden 8 dan telah disampaikan oleh Encik Iqmal Fajri Danial dan Puan Aida Haniza Adnan selaku wakil komuniti di Garden8. Di samping itu, DYTM Raja Muda Selangor juga telah menyempurnakan sesi tuaian tanaman sebagai simbolik lawatan di kebun Garden 8.

Delegasi DYTM Raja Muda Selangor juga menjamu selera santapan pagi bersama komuniti Garden 8, ketua-ketua jabatan dan agensi serta Ketua-Ketua Kampung daerah Gombak.

Garden 8 dipilih sebagai lokasi santapan pagi bagi Program GRS 2.0 Daerah Gombak atas inisiatif komuniti yang komited mengangkat konsep kebun bandar secara lestari, sekali gus menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama