Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM GRS 2.0 – LAWATAN KE PROJEK ANGKAT 1 DI SK SUNGAI KERTAS

PROGRAM GRS 2.0 – LAWATAN KE PROJEK ANGKAT 1 DI SK SUNGAI KERTAS

Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas merupakan lokasi kedua yang dilawati oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor selepas santapan pagi bersama komuniti di Garden 8, Taman Perwira, Gombak sempena Program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) 2.0 Daerah Gombak.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau Projek Angkat Gagasan Rumpun Selangor (GRS) 2.0 Daerah Gombak yang akan dilaksanakan di sekolah berkenaan. Sembah taklimat berkaitan pelaksanaan projek telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Projek ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan serta aspek keselamatan sekolah yang menempatkan seramai 63 orang guru dan 977 orang murid.

Antara skop projek yang akan dilaksanakan oleh MPS ini melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang 370 meter bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pergerakan murid, penggantian longkang sedia ada kepada longkang jenis U-Shape sepanjang 95 meter, membaik pulih struktur perhentian bas, pembinaan rumah sampah baharu serta penggantian perabot jalan termasuk papan tanda.

Pelaksanaan Projek Angkat Gagasan Rumpun Selangor (GRS) 2.0 ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dan MPS dalam menyediakan kemudahan awam yang lebih selamat, selesa dan kondusif demi kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya warga Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama