Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PERJUMPAAN JABATAN COB MPS BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI DAHLIA B, BBS

PERJUMPAAN JABATAN COB MPS BERSAMA PENDUDUK PANGSAPURI DAHLIA B, BBS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menghadiri sesi perjumpaan bersama penduduk Pangsapuri Dahlia B Blok 1, 2 dan 3, Bandar Baru Selayang atas jemputan Penggerak Skim Dahlia B dengan kehadiran YBrs. Tuan Montezeri bin Nordin, Ahli Majlis Zon 11 MPS.

Sesi ini diadakan sebagai usaha libat urus bagi memberi penerangan berkaitan pengurusan strata serta menyokong inisiatif penggerak skim dalam mengembalikan fungsi pengurusan skim mengikut peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Penerangan telah disampaikan oleh Puan Sr Rosmaliza Binti Osman, Timbalan Pengarah Jabatan COB dan Encik Mohd Ismie Bin Ismail, Penolong Pegawai Penilaian Jabatan COB.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kepentingan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), peranan dan tanggungjawab pemilik petak, fungsi bayaran penyelenggaraan serta Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund), kelayakan menghadiri AGM, isu tunggakan bayaran penyelenggaraan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan.

Turut dibincangkan ialah isu-isu semasa yang dihadapi oleh skim strata berkenaan seperti pemeliharaan haiwan peliharaan yang tidak terkawal serta masalah longgokan dan pengurusan sampah yang semakin kritikal sehingga boleh mengundang risiko pencemaran dan penyakit berjangkit. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada penduduk mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu pengurusan strata.

Program ini merupakan antara usaha berterusan Jabatan COB MPS dalam memastikan skim-skim strata di kawasan pentadbiran MPS sentiasa berfungsi dengan baik, diurus secara sistematik serta mampu meningkatkan kesejahteraan penduduk dan nilai hartanah strata.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama