Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PELAKSANAAN AUDIT DALAM EKSA MPS TAHUN 2026

PELAKSANAAN AUDIT DALAM EKSA MPS TAHUN 2026

Pelaksanaan Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tahun 2026 telah berlangsung pada 22 hingga 31 Julai 2026 melibatkan keseluruhan 11 Zon EKSA MPS.

Audit telah dilaksanakan oleh Pasukan Audit Dalam EKSA MPS yang diketuai oleh Puan Norhayati binti Ahmad berdasarkan Garis Panduan EKSA yang sedang berkuat kuasa. Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan budaya kerja berkualiti, persekitaran kerja yang kondusif serta amalan penambahbaikan berterusan bagi mengekalkan pensijilan EKSA Cemerlang di MPS.

Bersempena audit ini, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA MPS turut menganjurkan pertandingan melibatkan tiga kategori iaitu Anugerah Ruang Kerja Inspirasi, Anugerah Zon Prihatin Keselamatan dan Anugerah Sudut Go-Green Terbaik. Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai berserta sijil penghargaan.

Bagi memastikan penilaian dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti, dua orang juruaudit daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), iaitu Puan Noor Farhana binti Roselan dan Encik Mohd Zairil bin Md Basar, telah dijemput sebagai juri. Penglibatan mereka turut memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik.

Keputusan pertandingan serta penyampaian hadiah akan diumumkan semasa Perhimpunan Bulanan MPS pada Ogos 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Audit Dalam EKSA, Urusetia Induk EKSA, semua Zon EKSA serta warga MPS atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Pelaksanaan Audit Dalam EKSA Tahun 2026.

'EKSA AMALAN KAMI'

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama