Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI TINDAKAN AKTIVITI TIDAK BERLESEN RUMAH BURUNG WALET

OPERASI TINDAKAN AKTIVITI TIDAK BERLESEN RUMAH BURUNG WALET

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi bersepadu bagi tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah premis yang menjalankan aktiviti rumah burung walet secara haram di kawasan komersial Taman Sri Gombak.

Operasi yang diketuai oleh Jabatan Pelesenan MPS ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan. Tindakan diambil susulan aduan berulang yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkaitan gangguan bunyi dan bau yang menimbulkan ketidakselesaan penduduk di kawasan berhampiran.

Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti rumah burung walet secara haram. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan sebarang aktiviti rumah burung walet dijalankan di negeri ini dan aktiviti tersebut tidak boleh dilesenkan di bawah pihak berkuasa tempatan.

Operasi ini turut melibatkan tindakan pecah masuk premis yang berada dalam keadaan berkunci dan tanpa kehadiran wakil pemilik. Dengan bantuan kepakaran serta peralatan daripada Jabatan Kejuruteraan, sebanyak enam pintu keselamatan (safety door) berjaya dibuka bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dijalankan.

Sebagai tindakan lanjut, satu Notis Penutupan Premis telah ditampal di hadapan premis sebagai makluman kepada pemilik atau pihak berkaitan. Beberapa peralatan yang digunakan bagi aktiviti rumah burung walet seperti pembesar suara audio dan ubat hormon burung walet turut disita oleh Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan.

MPS akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan serta tidak menjejaskan kesejahteraan komuniti setempat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama