Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan telah melaksanakan Operasi Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di sekitar Sungai Tua bagi memantau pematuhan syarat pelesenan serta status operasi premis perniagaan di kawasan pentadbiran MPS.
Operasi yang melibatkan lima (5) orang kakitangan Jabatan Pelesenan ini telah menjalankan pemeriksaan ke atas empat (4) premis. Hasil pemeriksaan mendapati dua (2) premis gagal memperbaharui lesen perniagaan dan tindakan penutupan premis telah dilaksanakan. Selain itu, satu (1) premis didapati ditutup semasa pemeriksaan dijalankan, manakala satu (1) lagi premis didapati kosong serta tidak lagi beroperasi.
Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MPS mematuhi syarat pelesenan dan peraturan yang berkuat kuasa, di samping memperkukuh pemantauan terhadap premis yang beroperasi tanpa kebenaran.