Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI BERSEPADU BANTERAS KILANG E-WASTE

OPERASI BERSEPADU BANTERAS KILANG E-WASTE

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan (JPK) telah melaksanakan operasi bersepadu terhadap sebuah kilang memproses sisa elektrik dan elektronik (e-waste) di Ulu Kuang, Rawang.

Operasi yang diketuai oleh Tuan Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah JPK ini melibatkan kira-kira 100 anggota daripada MPS, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PTDG) serta jabatan dalaman MPS.

Turut hadir meninjau operasi ialah YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS.

Hasil pemeriksaan mendapati premis menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. MPS telah mengambil tindakan sitaan melibatkan tiga (3) unit copper mentah dan tiga puluh enam (36) unit kiub tembaga di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

MPS turut mengambil tindakan di bawah Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis. Agensi terlibat turut menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

MPS akan terus mempergiat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama