Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Tunai Korporat bagi tahun 2026 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bernilai RM50,000.00 dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi umat Islam di negeri Selangor.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen MPS dalam menyokong inisiatif wakaf fisabilillah yang dilaksanakan oleh PWS bagi membantu institusi-institusi yang memerlukan di seluruh negeri.
Inisiatif wakaf fisabilillah yang dilaksanakan sejak tahun 2019 ini telah memberi manfaat kepada lebih 300 institusi dengan jumlah sumbangan melebihi RM10 juta.
MPS berharap sumbangan yang disalurkan ini dapat memperluas manfaat wakaf kepada lebih ramai penerima sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan ummah di negeri Selangor.