Mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat ini bertujuan menjadi medium komunikasi dua hala antara MPS dan para wakil rakyat Parlimen serta Dewan Negeri. Ia membuka ruang perbincangan secara langsung berkenaan isu-isu semasa, cabaran setempat, serta cadangan penyelesaian yang konstruktif. Di samping itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk menyelaras agenda pembangunan, memperkukuh kerjasama rentas agensi, serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang sejajar dengan keperluan dan aspirasi penduduk di kawasan pentadbiran MPS.
Menyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Turut hadir adalah YB Tuan Chua Wei Kiat, ADN Rawang; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; wakil-wakil Parlimen dan DUN, pengarah-pengarah jabatan MPS serta wakil jabatan.