Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MESYUARAT BELANJAWAN 2027 PERINGKAT PENGURUSAN MPS

MESYUARAT BELANJAWAN 2027 PERINGKAT PENGURUSAN MPS

Mesyuarat Belanjawan 2027 Peringkat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) anjuran Jabatan Perbendaharaan telah memasuki hari kedua pelaksanaannya pada 24 Julai 2026 di Putrajaya. Mesyuarat ini berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Julai 2026.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Turut hadir, Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; serta Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS. Mesyuarat ini turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MPS.

Mesyuarat ini bertujuan menyediakan Belanjawan Tahun 2027 melalui pembentangan daripada setiap jabatan yang mengamalkan kaedah Zero Based Budget.

Sepanjang hari pertama dan kedua mesyuarat, setiap jabatan telah membentangkan cadangan belanjawan masing-masing bagi memastikan perancangan kewangan yang lebih berkesan, telus dan selaras dengan hala tuju pembangunan MPS.

Penglibatan serta komitmen menyeluruh daripada setiap jabatan dan Ahli Majlis sepanjang mesyuarat berlangsung membuktikan bahawa kerjasama berpasukan merupakan tonggak utama dalam memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan demi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama