Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS PELUNCURAN PELAN STRATEGIK TRANSFORMASI PENJAJA MPS 2026–2030

MAJLIS PELUNCURAN PELAN STRATEGIK TRANSFORMASI PENJAJA MPS 2026–2030

Majlis Peluncuran Pelan Strategik Transformasi Penjaja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2026–2030 telah berlangsung di Paradise Fair, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pelan strategik ini merupakan manifestasi dan komitmen berterusan MPS dalam usaha memperkasa, mentransformasikan serta memodenkan landskap perniagaan penjaja di kawasan pentadbiran MPS agar lebih berdaya saing, mampan dan selari dengan perkembangan semasa.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS menerusi gimik perasmian sebagai simbolik peluncuran Pelan Strategik Transformasi Penjaja MPS 2026–2030. Pelan ini menjadi hala tuju penting dalam memperkukuh pembangunan sektor penjaja melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada komuniti penjaja serta masyarakat setempat.

Tuan YDP MPS bersama dif-dif kehormat turut berkesempatan meninjau gerai-gerai jualan di BigFood Festival serta menyantuni para peniaga yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Zafrullah bin Hussein, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBrs. Dr. Izhar bin Che Mae, Ketua Pegawai Eksekutif Roketz Sdn. Bhd., barisan Ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan MPS.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama