Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

LAWATAN PEMANTAUAN KEBERSIHAN BAZAR RAMADAN 2026

LAWATAN PEMANTAUAN KEBERSIHAN BAZAR RAMADAN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima Lawatan Jalinan Ramadan daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memantau tahap kebersihan serta pematuhan aspek keselamatan makanan di bazar Ramadan sekitar kawasan pentadbiran MPS.

Lawatan ini turut melibatkan kerjasama beberapa jabatan dalaman MPS iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Jabatan Korporat.

Antara bazar Ramadan yang telah dilawati ialah Bazar Ramadan Bandar Rawang dan Bazar Ramadan Tasik Bersatu.

Turut hadir meninjau keadaan bazar ialah Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS Zon 14 dan Tuan Ananthan a/l Raman@Ramaya, Ahli Majlis MPS Zon 15 bagi melihat sendiri tahap kebersihan serta pematuhan peniaga terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Lawatan ini bertujuan memastikan persekitaran bazar Ramadan sentiasa bersih, selamat dan selesa kepada pengunjung serta peniaga sepanjang bulan Ramadan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama