Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KUNJUNGAN HORMAT YDP MPS KE JPJ NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT YDP MPS KE JPJ NEGERI SELANGOR

Kunjungan hormat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah diadakan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta membincangkan usaha memperluaskan kolaborasi antara kedua-dua agensi.

Delegasi MPS telah diketuai oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama Tuan Ts. Azmi bin Wagiran, Jurutera MPS, dan disambut oleh YBhg. Dato' Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Pengarah JPJ Negeri Selangor bersama barisan pengurusan tertinggi JPJ Negeri Selangor.

Sepanjang sesi kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan jalan raya, pengurusan lalu lintas serta cadangan pelaksanaan program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada MPS dan JPJ Negeri Selangor untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menyokong pembangunan bandar yang lebih selamat, terancang dan mampan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama