Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH GOMBAK KE PEJABAT YANG DIPERTUA MPS

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH GOMBAK KE PEJABAT YANG DIPERTUA MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang diketuai oleh YDH ACP Ibrahim bin Husin, Ketua Polis Daerah Gombak.

Kehadiran delegasi seramai empat (4) orang itu telah disambut oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS di Pejabat Yang Dipertua, Menara MPS.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan hala tuju serta langkah-langkah strategik dalam memperkukuhkan kerjasama antara MPS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran daerah Gombak.

Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Puan Sr. Norshima binti Norzlan, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS serta Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat MPS.

Pertemuan ini diharapkan dapat terus mempererat hubungan kerjasama antara MPS dan IPD Gombak, sekali gus menyokong pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera.

Polis Daerah Gombak

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama