Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari

Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari

Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 MPS telah menganjurkan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari. Majlis Penutup Kejohanan telah berlangsung di KSL Sport Futsal, Batu Caves pada 23 Julai 2023. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis telah menyaksikan pasukan Tot United berjaya menewaskan pasukan Hyper Rich dan dinobatkan sebagai juara kejohanan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan pingat kejohanan. Manakala pasukan Hyper Rich sebagai naib juara membawa pulang wang tunai RM2,000 dan pingat. Tempat ketiga menjadi milik pasukan SMM 5 Star dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan pingat serta tempat keempat dimenangi oleh pasukan 5KFT dengan hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat.

Kejohanan futsal pada kali ini telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan lebih 300 orang anak muda.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangor

Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari 2023