Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR 2025

FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR 2025

FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR 2025

1 November 2025 | Kuala Selangor

Festival Makanan Warisan Selangor 2025 telah berlangsung dengan penuh warna-warni pada 1 November 2025 bertempat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan memperkukuh warisan makanan tradisional serta memperkenalkan keunikan kulinari negeri kepada masyarakat umum.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi negeri. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut hadir melalui wakil Penolong Setiausaha, Tuan Ts. Hairudin bin Daud.

Dalam festival ini, MPS bersama Pejabat Tanah dan Daerah Gombak menampilkan dua juadah warisan negeri Selangor iaitu Lempeng Manis dan Bongkol di reruai pameran. Penyertaan ini mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang tertarik dengan keunikan dan keaslian citarasa tradisional masyarakat Selangor.

Penyertaan MPS bukan sahaja memeriahkan festival, malah menzahirkan komitmen berterusan MPS dalam memelihara, memperkenalkan dan mempromosikan warisan kulinari tempatan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor.

FESTIVAL MAKANAN WARISAN SELANGOR 2025