Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Masjid Darul Ulum, Matang Pagar, Sungai Buloh, Gombak.
Keberangkatan Baginda diiringi oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Pada majlis tersebut, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf fakir miskin serta saudara baharu di daerah Gombak sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.
Turut hadir adalah YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Dato’ Menteri Besar Selangor, YDH Dato Ir. Haji Cheremi Bin Haji Tarman; Orang Besar Daerah Gombak, YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Dr. Haniff bin Zainal Abidin; Pegawai Kewangan Selangor, Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, YB. Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah; Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dato’ Setia Dr. Haji Opir bin Haji Anhar; Mufti Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad ; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, YBrs. Puan Nor Azlina Binti Abdul Aziz; Pegawai Daerah Gombak, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dan Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.
Majlis perasmian ini diharap dapat memperkukuh peranan Masjid Darul Ulum sebagai pusat ibadah, pembangunan ilmu serta penyatuan ummah dalam kalangan masyarakat setempat.